Tuesday 17 May 2016

Refleksi Isu-Isu Semasa & Dialog Peradaban

Secara keseluruhan, bab ini membincangkan mengenai pengaruh blok-blok Barat yang menguasai dunia terutama negara-negara Islam.Hegemoni Barat dan fenomena globalisasi yang disuntik secara halus memberi pelbagai impak secara tidak langsung kepada dunia.Sebagai umat Islam, setiap tingkah laku perlu berlandaskan al-Quran dan sunnah serta mengamalkan prinsip maqasid al-syariah. Tambahan lagi, fahaman mengenai jihad juga perlu diperhalusi supaya jihad yang difahami selari dengan konsep jihad yang sebenar dan pada akhirnya, jati diri sesuatu bangsa itu dapat diperteguhkan dan tidak akan tergugat dengan kewujudan anasir-anasir negatif dari pelbagai sudut.

SITI NUR AISHAH BT AR AZLY

2015250382



Refleksi saya mengenai bab ini adalah umat islam perlu bersatu padu serta mempunyai ilmu yang padat sebagai persediaan menghadapi pengaruh Barat yang cuba memecahbelahkan fahaman umat islam sekarang. Maka, umat islam perlu yakin dengan qada' dan qadar Allah SWT. Jangan mudah berputus asa, sentiasa berzikir untuk nabi supaya pegangan agama tetap kukuh. Pegangan agama yang longgar mampu mengakibatkan manusia berpaling dari sisi Allah SWT.

NURSYAFIKA BINTI DZULKIFLEE

2015263014



Pengajaran yang saya dapat dalam bab ini adalah kita sebagai umat Islam kita tidak seharusnya 'berani' untuk berhenti untuk terus berjihad di jalan Allah kerana jihad adalah sebuah perniagaan yang ditawarkan oleh Allah untuk mendapatkan syurgaNya. Mesti terfikirkan, apa kaitan perniagaan dengan jihad? Bukankah jihad dan perniagaan itu merupakan dua benda yang berbeza? Jawapannya ada dalam Surah Al-Saff, ayat 10-13 (bukalah tafsir, fahami ayat ini). Ayat tersebut Allah S.W.T telah mengumpamakan jihad sebagai satu “perniagaan” kerana selalunya kita akan cari satu perniagaan yang dapat menguntungkan kita. Oleh itu, Allah S.W.T menerangkan bahawa tiada perniagaan yang lebih menguntung dan menyelamatkan di dunia dan di akhirat melainkan amalan jihad di jalan Allah. Pada saya, saya berazam dan tekad yang saya akan terus berjihad pada diri sendiri (jihad nafsu) kerana saya mahukan 'kontrak' perniagaan dari Allah SWT. Selalu saya ingatkan pada diri saya, 'nak berubah, kau kena bantu orang lain'. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya dengan memberi peluang kepada saya untuk berubah. Saya percaya bahawa setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Menjadi persoalannya, mengapa masih ada lagi orang yang mementingkan fikiran negatifnya yakni memandang hina atau menilai orang lain hanya kerana orang itu tidak berfizikal sepertinyaAstaghfirullah 'al azim. Siapalah kita untuk membuat sedemikian? Pernah tak kita terfikir kenapa dia bersikap, berpakaian atau berkelakuan yang boleh mendatangkan dosa? Sebagai contoh terdekat adalah kawan. Pernah tak kita cuba selami dirinya untuk mengetahui sebab dia melakukan kesalahan itu? Mungkin tiada orang yang boleh mendorong atau memberi semangat kepada dia untuk berubah dan mungkin juga dia mepunyai masalah tersendiri sehinggakan dia terpaksa melakukan dosa tersebut. Adakah semuanya salah dia? Dimana kita yang dianggap sebagai seorang kawan, seorang sahabat atau orang terdekat yang seharusnya memainkan peranan untuk mencegah dia daripada melakukan dosa? Pernah tak kita terfikir semua ini? Renung-renungkanlah. Perkara yang saya cuba sampaikan adalah dalam berjihad, usahlah kita terlalu 'asyik' dengan diri kita sendiri tanpa membantu orang sekeliling kita yang mungkin juga ingin berubah ke arah yang lebih seperti kita. Dengan membantu orang lain, In shaa Allah, Allah turut membantu kita untuk terus berjihad di jalan-Nya.

SITI HAZIQAH BINTI ABDUL RAZAK

2015683618



Apabila saya dan rakan rakan mempelajari Isu isu Semasa dan dialog peradaban , saya sedar bahawa dunia ini semakin hampir ke akhirat yang tertulis dalam Al Quran lagi. Apa saya nampak adalah dunia ini semakin tidak adil bukan kerana populasi sesebuah negara tetapi akan pemerintah oleh negara negara barat yang ingin mendominasi negara negara yang lemah dan miskin terutana negara islam. Kenapa blok barat kurang menyerang negara bukan islam misalnya negara Jepun ? inilah soalan yang kita mahukan generasi kini manakala jawapannya adalah negara Islam selemah manapun akidah berterusan dan berpendirian sejak zaman Rasulullah SAW. Oleh yang demikian blok barat risau dengan situasi ini dan perlu mengambil tindakan tertentu keatas mereka unutk mengukuhkan kedudukan mereka. Hal ini yang demikian, mereka sedar bahawa peperangan tidak akan berjaya sepenuhnya kerana taktik umat islam dan semangat dalam diri untuk berjihad dijalan yang benar , maka mereka menggunakan peperangan melalui minda. Ini yang bahaya untuk zaman sekarang. Saya risaukan kaum wanita dan kanak kanak kerana mereka selalu leka terhadap gadjet yang sedia ada dan canggih. kita kene sedar bahawa gadjet seperti Iphone ini telah direka oleh pencipta orang barat untuk menyimpan segala maklumat yang kita tidak sedari. oleh itu berhati hatilah pada era zaman ini. Begitu juga dengan dunia hiburan , kpoper contohnya yang melalaikan hampir separuh remaja wanita untuk menontonya secara tidak langsungkan melalaikan diri.Blok barat ada agenda tersendiri untuk memusingkan keadaan didunia. Kepada pemimpin pula perlu bijaksana dalam pengurusan negara supaya tidak dijajah kuasa blok barat dan mengambil tanggungjawab dalam negara tanpa bantuan mereka. Ingatlah dunia penghujungnya semakin hampir dengan umat manusia sekarang , jadi oleh itu bersiap sedia menghadapai dan mengikut ajaran Rasulullah SAW dan mengikut ajaran baginda iaitu Al Quran dan hadis serta sunnah baginda perlu diterap dalam kehidupan kita agar terjamin selamat dan harmoni. InsyaAllah ...... :)

MUHAMMAD ALIF AZANAN

2015686412


Pengaruh Barat banyak memberi impak kepada generasi kini termasuk diri saya sendiri. Kebanyakkan remaja terjebak dalam meniru budaya barat seperti aksi-aksi di dalam filem iaitu memaparkan elemen pergaulan tanpa batasan, seks bebas, arak, dadah, samseng, pembunuhan kejam, mementingkan diri sendiri dan memuja harta dan mendengar  lagu yang tidak memberi akhlak kepada remaja. Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakan mereka berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya Barat dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri mereka. Pada pendapat saya, ilmu sangat penting kerana tanpa ilmu dan tanpa pengangan akidah yang kuat, kita akan mudah terpengaruh dengan propaganda Barat.

FATIN AMERRA BINTI ZAINOL HASHDI
2015686704

Hagemoni Barat dan Imperialisme baharu semakin menguasai dunia. Pada abad ini, cabaran globalisasi semakin hebat dan menekan. Barat secara halus telah memperkuatkan cengkaman mereka ke atas masyarakat-masyarakat dunia melalui pelbagai teknologi moden, fahaman-fahaman, dominasi media massa, ekonomi, politik, budaya, dan pelbagai bentuk hiburan yang melalaikan. Tidak terkecuali, terkena tempias ialah negara Malaysia, dan masyarakat Islam di negara ini. Muda-mudi khususnya telah banyak dipengaruhi oleh gejala negatif Barat. Pelbagai bentuk hiburan yang melalaikan, budaya liar, fesyen dan sebagainya telah banyak meresap masuk mencemari jati diri Melayu Islam di negara ini. Oleh kerana itu, adalah penting untuk kita sebagai belia terutamanya untuk memahami akan isu-isu semasa. Mereka perlu tahu dan diperbetulkan persepsi mereka tentang perkara yang Barat bawa ke dalam negara, perkara dimana masyarakat pada ketika ini mengambil remeh, adakah yang dibawa itu elok? baik untuk masyarakat? kebanyakannya adalah perkara melalaikan. Jadi, saya rasa sebagai seorang anak Melayu yang beragama Islam, hal ini wajar diambil perhatian secara serius oleh masyarakat Islam di seluruh dunia. Kita perlu bangkit menentang penjajahan minda daripada Barat ini. Bangkit tegakkan perkara yang benar dan tentang segala benda yang tidak wajar. Wallahualam. 

ZUHAIR ARHAM BIN ZULKAFLI
2015664592


No comments:

Post a Comment