Monday 30 May 2016

Refleksi Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Antara yang dapat saya pelajari pada minggu ini adalah kepentingan kita menjadi diri sendiri dan tujuan kita berada di atas muka bumi Allah ini.Kepentingan kita menjadi diri sendiri adalah untuk mendapatkan kebahagian dalam hidup kerana kita dikurniakan satu hati untuk kita merasa bahagia.Allah juga memberi satu akal untuk berfikir dan kebebasan untuk membuat pilihan sama ada memilih jalan yang diredhai atau sebaliknya.Dengan itu, kita harus mengenali diri kita sendiri supaya kita bahagia dengan tamadun yang dibina.Kita berada di atas muka bumi Allah dengan satu tujuan iaitu menjadi seorang khalifah yang hanya mengabdikan diri untuk penciptanya.

Siti Haziqah Bt Abdul Razak
2015683618

Manusia yang diciptakan Allah mempunyai pelbagai kelebihan berbanding makhluk-makhluknya yang lain seperti mampu berfikir dengan bebas dan membuat keputusan.Namun, manusia diberi tanggungjawab sebagai khalifah dan ia menjadi asas kewujudan manusia.Tambahan lagi, kunci kebahagiaan sebagai manusia adalah menjadi diri sendiri dan dalam pada masa yang sama, manusia bahagia akan berjaya membentuk tamadun yang hebat kerana semakin halus agama yang dimiliki, semakin bertamadun masyarakat tersebut.

Siti Nur Aishah Bt Ar Azly
2015250382

Takdir manusia telah ditentukan dari saat dia di alam rahim lagi. Apabila si Umi mengharapkan anak dikandungnya dilahirkan, membesar dengan sihat dan ceria, kelak besar menjadi insan berguna kepada masyarakat dan agama, namun sesetengah daripada kita menjadi longlai dan takbur dengan nikmat, lupa pada Tuhan yang satu, pada Yang Maha Besar, Tuhan Sekalian Alam. Kita lupa pada perjanjian dengan Allah al-Khaliq iaitu yang maha mencipta 

 Firman Allah s.w.t: 


"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): bukankah Aku tuhanmu ? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami mejadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid ini) ini"


(al - A'raf 7:172)

Manusia dilahirkan hidup didunia sebagai Khalifah. Diberi akal dan fikiran yang waras serta diturunkan Islam sebagai agama yang syumul sebagai pedoman sepanjang zaman, tentunya tugas kita sebagai Khalifah bukan sekadar mengabdikan diri kepada Allah yg Maha Esa semata-mata, tetapi mengendong tugas berat dan juga penting untuk mengamalkan seterusnya mengembangkan lagi ajaran suci Islam diseluruh muka bumi ini. Oleh itu, tangungjawab ini harus dipegang oleh seluruh anak Adam agar membina tamadun yang lengkap berpandukan Islam, al-Quran, as-Sunnah supaya beban dibahu ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Wallahualam.   


ZUHAIR ARHAM BIN ZULKAFLI
2015664592


Manusia merupakan individu yang menyebabkan tamadun terhasil. Oleh itu, setiap manusia perlu sedar tujuan sebenar mereka hidup di bumi tuhan. Masyarakat yang bertamadun adalah masyarakat yang mempunyai kehalusan peradaban kerana semakin bertamadun, semakin halus budi bahasanya. Bagi mengelakkan ketamadunan sesebuah masyarakat lenyap, pemimpin perlu bijaksana untuk menyatupadukan kaum, diterima semua orang serta mampu memenuhi keperluan masyarakat tersebut. Ilmu adalah faktor terpenting yang menyebabkan tamadun terhasil. Justeru, manusia perlu bersungguh mencari kebenaran agar dapat menjadi khalifah yang dikehendaki Allah SWT.

Nursyafika Binti Dzulkiflee
2015263014



Mempelajari ilmu ketamadunan membolehkan saya lebih memahami perbezaan agama, kebudayaan dan bangsa antara tamadun. Saya juga dapat menyemat persefahaman sesama rakyat dan sikap hormat-menghormati dalam kalangan rakyat yang berasal dari pelbagai agama, keturunan, bangsa dan budaya di negara kita. Melalui pembelajaran tamadun ini juga, rakyat terutama saya sendiri dapat mengambil iktibar dari masa silam dan mampu menjadi pelajar yang berfikiran lebih luas, berpandangan global dan melengkapkan ilmu dan memupuk serta membentuk tiang negara di masa hadapan.

FATIN AMERRA BINTI ZAINOL HASHDI
2015686704




Untuk menjadi sesebuah negara yang hebat dan maju serta kestabilan dalam pelbagai aspek, ilmu ketamdunan yang dipelajari harus dicontohi dan ikuti kerana nilai kehidupan dahulu lebih bermakna sebab hasilnya dihadiahka kepada generasi sekarang. kita perlu elakkan perpecahan perkauman dan bersikap bekerjasama antara satu samalain. Walaupun kita membuang sampah di jalan raya , saya menganggap tidak bersifat ketamduanan kerana sifat ketamadunan itu sendiri adalah murni dan teratur . Memanglah ianya sikit tapi boleh merosakkan negara jika berterusan melalukan perkara yang menyusahkan orang lain


MUHAMMAD ALIF AZANAN
2015686412











Tuesday 17 May 2016

Refleksi Isu-Isu Semasa & Dialog Peradaban

Secara keseluruhan, bab ini membincangkan mengenai pengaruh blok-blok Barat yang menguasai dunia terutama negara-negara Islam.Hegemoni Barat dan fenomena globalisasi yang disuntik secara halus memberi pelbagai impak secara tidak langsung kepada dunia.Sebagai umat Islam, setiap tingkah laku perlu berlandaskan al-Quran dan sunnah serta mengamalkan prinsip maqasid al-syariah. Tambahan lagi, fahaman mengenai jihad juga perlu diperhalusi supaya jihad yang difahami selari dengan konsep jihad yang sebenar dan pada akhirnya, jati diri sesuatu bangsa itu dapat diperteguhkan dan tidak akan tergugat dengan kewujudan anasir-anasir negatif dari pelbagai sudut.

SITI NUR AISHAH BT AR AZLY

2015250382



Refleksi saya mengenai bab ini adalah umat islam perlu bersatu padu serta mempunyai ilmu yang padat sebagai persediaan menghadapi pengaruh Barat yang cuba memecahbelahkan fahaman umat islam sekarang. Maka, umat islam perlu yakin dengan qada' dan qadar Allah SWT. Jangan mudah berputus asa, sentiasa berzikir untuk nabi supaya pegangan agama tetap kukuh. Pegangan agama yang longgar mampu mengakibatkan manusia berpaling dari sisi Allah SWT.

NURSYAFIKA BINTI DZULKIFLEE

2015263014



Pengajaran yang saya dapat dalam bab ini adalah kita sebagai umat Islam kita tidak seharusnya 'berani' untuk berhenti untuk terus berjihad di jalan Allah kerana jihad adalah sebuah perniagaan yang ditawarkan oleh Allah untuk mendapatkan syurgaNya. Mesti terfikirkan, apa kaitan perniagaan dengan jihad? Bukankah jihad dan perniagaan itu merupakan dua benda yang berbeza? Jawapannya ada dalam Surah Al-Saff, ayat 10-13 (bukalah tafsir, fahami ayat ini). Ayat tersebut Allah S.W.T telah mengumpamakan jihad sebagai satu “perniagaan” kerana selalunya kita akan cari satu perniagaan yang dapat menguntungkan kita. Oleh itu, Allah S.W.T menerangkan bahawa tiada perniagaan yang lebih menguntung dan menyelamatkan di dunia dan di akhirat melainkan amalan jihad di jalan Allah. Pada saya, saya berazam dan tekad yang saya akan terus berjihad pada diri sendiri (jihad nafsu) kerana saya mahukan 'kontrak' perniagaan dari Allah SWT. Selalu saya ingatkan pada diri saya, 'nak berubah, kau kena bantu orang lain'. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya dengan memberi peluang kepada saya untuk berubah. Saya percaya bahawa setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Menjadi persoalannya, mengapa masih ada lagi orang yang mementingkan fikiran negatifnya yakni memandang hina atau menilai orang lain hanya kerana orang itu tidak berfizikal sepertinyaAstaghfirullah 'al azim. Siapalah kita untuk membuat sedemikian? Pernah tak kita terfikir kenapa dia bersikap, berpakaian atau berkelakuan yang boleh mendatangkan dosa? Sebagai contoh terdekat adalah kawan. Pernah tak kita cuba selami dirinya untuk mengetahui sebab dia melakukan kesalahan itu? Mungkin tiada orang yang boleh mendorong atau memberi semangat kepada dia untuk berubah dan mungkin juga dia mepunyai masalah tersendiri sehinggakan dia terpaksa melakukan dosa tersebut. Adakah semuanya salah dia? Dimana kita yang dianggap sebagai seorang kawan, seorang sahabat atau orang terdekat yang seharusnya memainkan peranan untuk mencegah dia daripada melakukan dosa? Pernah tak kita terfikir semua ini? Renung-renungkanlah. Perkara yang saya cuba sampaikan adalah dalam berjihad, usahlah kita terlalu 'asyik' dengan diri kita sendiri tanpa membantu orang sekeliling kita yang mungkin juga ingin berubah ke arah yang lebih seperti kita. Dengan membantu orang lain, In shaa Allah, Allah turut membantu kita untuk terus berjihad di jalan-Nya.

SITI HAZIQAH BINTI ABDUL RAZAK

2015683618



Apabila saya dan rakan rakan mempelajari Isu isu Semasa dan dialog peradaban , saya sedar bahawa dunia ini semakin hampir ke akhirat yang tertulis dalam Al Quran lagi. Apa saya nampak adalah dunia ini semakin tidak adil bukan kerana populasi sesebuah negara tetapi akan pemerintah oleh negara negara barat yang ingin mendominasi negara negara yang lemah dan miskin terutana negara islam. Kenapa blok barat kurang menyerang negara bukan islam misalnya negara Jepun ? inilah soalan yang kita mahukan generasi kini manakala jawapannya adalah negara Islam selemah manapun akidah berterusan dan berpendirian sejak zaman Rasulullah SAW. Oleh yang demikian blok barat risau dengan situasi ini dan perlu mengambil tindakan tertentu keatas mereka unutk mengukuhkan kedudukan mereka. Hal ini yang demikian, mereka sedar bahawa peperangan tidak akan berjaya sepenuhnya kerana taktik umat islam dan semangat dalam diri untuk berjihad dijalan yang benar , maka mereka menggunakan peperangan melalui minda. Ini yang bahaya untuk zaman sekarang. Saya risaukan kaum wanita dan kanak kanak kerana mereka selalu leka terhadap gadjet yang sedia ada dan canggih. kita kene sedar bahawa gadjet seperti Iphone ini telah direka oleh pencipta orang barat untuk menyimpan segala maklumat yang kita tidak sedari. oleh itu berhati hatilah pada era zaman ini. Begitu juga dengan dunia hiburan , kpoper contohnya yang melalaikan hampir separuh remaja wanita untuk menontonya secara tidak langsungkan melalaikan diri.Blok barat ada agenda tersendiri untuk memusingkan keadaan didunia. Kepada pemimpin pula perlu bijaksana dalam pengurusan negara supaya tidak dijajah kuasa blok barat dan mengambil tanggungjawab dalam negara tanpa bantuan mereka. Ingatlah dunia penghujungnya semakin hampir dengan umat manusia sekarang , jadi oleh itu bersiap sedia menghadapai dan mengikut ajaran Rasulullah SAW dan mengikut ajaran baginda iaitu Al Quran dan hadis serta sunnah baginda perlu diterap dalam kehidupan kita agar terjamin selamat dan harmoni. InsyaAllah ...... :)

MUHAMMAD ALIF AZANAN

2015686412


Pengaruh Barat banyak memberi impak kepada generasi kini termasuk diri saya sendiri. Kebanyakkan remaja terjebak dalam meniru budaya barat seperti aksi-aksi di dalam filem iaitu memaparkan elemen pergaulan tanpa batasan, seks bebas, arak, dadah, samseng, pembunuhan kejam, mementingkan diri sendiri dan memuja harta dan mendengar  lagu yang tidak memberi akhlak kepada remaja. Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakan mereka berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya Barat dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri mereka. Pada pendapat saya, ilmu sangat penting kerana tanpa ilmu dan tanpa pengangan akidah yang kuat, kita akan mudah terpengaruh dengan propaganda Barat.

FATIN AMERRA BINTI ZAINOL HASHDI
2015686704

Hagemoni Barat dan Imperialisme baharu semakin menguasai dunia. Pada abad ini, cabaran globalisasi semakin hebat dan menekan. Barat secara halus telah memperkuatkan cengkaman mereka ke atas masyarakat-masyarakat dunia melalui pelbagai teknologi moden, fahaman-fahaman, dominasi media massa, ekonomi, politik, budaya, dan pelbagai bentuk hiburan yang melalaikan. Tidak terkecuali, terkena tempias ialah negara Malaysia, dan masyarakat Islam di negara ini. Muda-mudi khususnya telah banyak dipengaruhi oleh gejala negatif Barat. Pelbagai bentuk hiburan yang melalaikan, budaya liar, fesyen dan sebagainya telah banyak meresap masuk mencemari jati diri Melayu Islam di negara ini. Oleh kerana itu, adalah penting untuk kita sebagai belia terutamanya untuk memahami akan isu-isu semasa. Mereka perlu tahu dan diperbetulkan persepsi mereka tentang perkara yang Barat bawa ke dalam negara, perkara dimana masyarakat pada ketika ini mengambil remeh, adakah yang dibawa itu elok? baik untuk masyarakat? kebanyakannya adalah perkara melalaikan. Jadi, saya rasa sebagai seorang anak Melayu yang beragama Islam, hal ini wajar diambil perhatian secara serius oleh masyarakat Islam di seluruh dunia. Kita perlu bangkit menentang penjajahan minda daripada Barat ini. Bangkit tegakkan perkara yang benar dan tentang segala benda yang tidak wajar. Wallahualam. 

ZUHAIR ARHAM BIN ZULKAFLI
2015664592


Tuesday 10 May 2016

Soalan Eksplorasi Tamadun China

SOALAN OBJEKTIF

1. Sejarawan Barat menganggap Dinasti ____ merupakan kerajaan terawal muncul di negara China.
     (B) Shang

2. Dinasti manakah yang mencatatkan era kegemilangan Islam di negara China?
     (B) Dinasti Sui

3. Tamadun China mempunyai keunikannya yang tersendiri berbanding tamadun lain di dunia.
    Apakah ciri keunikan tamadun tersebut?
     (B) i - pentingkan unifikasi
          ii- bertahan lama dan statik
         iv- pentingkan moral dan keharmonian

4. Pengaruh kedatangan Islam ke Tanah Besar China telah melahirkan komuniti Cina Muslim.
    Manakah antara berikut etnik Muslim terbesar di China?
     (C) Hui

5. Negara China merupakan antara negara yang terawal menerima kemasukan Islam.
    Berdasarkan pernyataan di atas, bilakah Islam mula tersebar ke China?
     (C) Zaman Dinasti Tang

SOALAN SUBJEKTIF

1. Apakah ciri-ciri unik yang dimiliki oleh Tamadun China yang mendorong kepada pertumbuhan Tamadun China di Asia?

2. Lima dinasti yang terunggul dalam sejarah Tamadun China.

3. Bentuk agama dan falsafah dalam Tamadun China.

4. Empat kelas utama masyarakat China secara tradisional. (Siti Nur Aisyah)


Berdasarkan jenis pekerjaan, masyarakat China dibahagikan seperti berikut:

1         Golongan bijak pandai.
- Dianggap kelas pemerintah, boleh memberikan nasihat kepada masyarakat tentang   pentadbiran dan tingkah laku.

2        Golongan petani.            
- Dianggap insan mulia kerana membekalkan makanan yang merupakan asas kepada kehidupan.

       . Golongan artisan dan tukang.
- Mahir dalam ilmu pertukangan.

4    Golongan pedagang.

-  Dianggap penipu dan pengaut keuntungan orang


5. Lima kesan pengaruh Barat terhadap Tamadun China sejak peristiwa Perang Candu pertama pada tahun 1842? (Siti Haziqah)

1) Penyebaran agama kristian mula berlaku pada tahun 1575 dengan kedatangan mubaligh-mubaligh kristian ke tanah China.

2) Pertembungan budaya barat dengan budaya timur seperti menghisap candu merupakan budaya orang barat yang diperkenalkan kepada masyarakat China ketika itu.

3) Berlaku reformasi setelah orang barat cuba meresapkan konsep "Most Favored Nation" ke dalam tamadun China namun ditentang dengan "Gerakan Menguatkan Diri (1861-1895) dan "Reformasi Sertus Hari" (1898) tetapi gagal.

4) Perubahan sistem pentadbiran pada abad ke-19 dan ke-20 semasa pemerintahan Parti Komunis China (PKC). sistem pemerintahan beraja ditukarkan kepada sistem pemerintahan residen, sama seperti di Tanah Melayu (Malaysia), India dan tanah-tanah jajahan yang lain.

5) Berlaku krisis ekonomi apabila pihak PKC mengambil alih pentadbiran China dan menjadikan China sebagai sebuah negara perindustrian. Namun begitu, ramai lagi rakyat China ketika itu masih bekerja sebagai petani.

Refleksi Tamadun China

Tamadun China merupakan tamadun yang terawal di dunia yang bercorak dinasti.Mereka menggunakan sistem beraja feudal dan mengutamakan peperangan untuk meluaskan empayar.Mereka  juga melihat betapa pentingnya nilai-nilai murni dalam melahirkan sebuah tamadun yang berjaya di samping menjadikan individu itu sendiri bahagia di dunia.Apa yang saya dapat pelajari melalui tamadun ini adalah melalui ilmu, nilai sesuatu tamadun itu dapat dipertingkatkan dan kepentingan 'syahadah' kepada umat Islam serta tidak ada kebaikan bagi manusia yang tidak bertuhan (atheist) kerana pada akhirnya, kebaikan yang dilakukan adalah untuk kepentingan dirinya sendiri.

Siti Nur Aishah Bt Ar Azly
2015250382

Tamadun China adalah tamadun yang unggul dan maju daripada pelbagai aspek termasuk politik, ekonomi, kepercayaan dan juga sosial. Budaya mereka sangat menitikberatkan hubungan kekeluargaan dan keharmonian hidup dengan hukum alam. Refleksi saya mengenai tamadun ini adalah konsep ketaatan terhadap ibu bapa. Tradisi kekeluargaan juga masih dikekalkan walaupun terdapat tradisi yang sangat berlainan dengan agama islam. Ini mencetuskan inspirasi kepada saya untuk mencontohi mereka memandangkan islam sendiri sangat-sangat menitikberatkan kepatuhan anak terhadap ibu bapanya.

Nursyafika Binti Dzulkiflee
2015263014

Tamadun Cina merupakan antara tamadun yang terawal yang menapak di dunia. Perkembangan Tamadun Cina ini amatlah pesat antaranya  kemajuannya dalam pelbagai bidang seperti dalam bidang institusi sosial masyarakat Cina,bidang ekonomi,pelayaran sampailah ke bidang agama. Mereka juga amat menitik beratkan budaya dan nilai-nilai murni masyarakat mereka. Walaupun begitu, apa yang dapat saya amati ialah Agama Islam begitu mudah untuk masuk dan diterima oleh Tamadun Cina, Maharaja di Cina juga tertarik dengan kehalusan Agama Islam. Kita tidak boleh memandang sesebuah tamadun itu dari segi luaran sahaja, ini kerana walaupun Tamadun Cina yang sebegitu besar  dan megah, Islam dapat menghampiri dan menapak di Tamadun Cina.

ZUHAIR ARHAM BIN ZULKAFLI
2015664592


Melalui bab ini saya dapat mengenali sejarah dan budaya masyarat cina dengan lebih mendalam. Masyarakat cina sememangnya kita kenali mereka dengan sikap yang mementingkan ilmu, masyarakat yang berdisiplin, berdikari dan pembersih. Sikap pentingkan ilmu  ini seharusnya perlu dititikberatkan oleh setiap masyarakat tanpa mengira bangsa, kaum, agama, dan taraf hidup. Ia seharusnya tersemat di hati setiap insan terutamanya pelajar seperti saya. Kerajinan masyarakat cina dalam mencari ilmu memberi saya semangat  untuk tanamkan niat di dada agar belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita. 

FATIN AMERRA BINTI ZAINOL HASHDI
2015686704

Seperti yang kita tahu, tamadun China sememangnya hebat dari apa jua aspek dari segi jasmani mahupun rohani. Pegangan kepercayaan dan amalan dalam hidup mereka menjadi nadi penggerak tamadun itu sendiri. Namun begitu, dalam membina kehebatan dan kemegahan yang mereka ada, mereka terleka seketika dengan hiburan yang dibawa oleh orang luar yakni orang barat. Perkara yang menarik perhatian saya adalah perang candu. Betapa besar dan kuatnya usaha orang barat untuk menjatuhkan tamadun China ketika itu. Apa yang dapat digambarkan dalam perang candu adalah sikap terbuka mereka yang sangat tinggi sehinggakan mereka menerima budaya baru dari orang barat iaitu menghisap candu. Begitu hebat orang barat mengatur strategi untuk menyerang China. Hal ini telah menyedarkan saya bahawa dalam kehidupan ini hanya perlu ada sikap yang bersederhana seperti Nabi Muhammad SAW dalam kehidupannya dan tidak mengamalkan sikap 'ter' ini kerana ia hanya akan mendatangkan masalah. Subhanallah, sungguh sempurna ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kita. Sebagai seorang pelajar, saya seharusnya mencontohi dan meniru semangat yang ada pada orang barat yang tidak mudah putus asa, usaha yang kuat dan tinggi serta merangka strategi yang berkesan dalam menuntut ilmu Allah. In shaa Allah.

Siti Haziqah binti Abdul Razak
2015683618


Saya melihat tamadun China adalah satu perubahan yang besar bagi negara mereka sekarang. Apa yang tertarik dengan tamadun ini adalah kercedikan mereka dalam pelbagai ilmu. Mereka mahir dalam pelayaran da ketika itu laksamana Cheng Ho suka mengembara. Bagi saya, pengembaraan adalah satu perjalanan untuk melihat ciptaan Allah dimuka bumi dan kita perlu terokai kerana Dia maha kaya . KIta perlu bersyukur kerana Allah maha adil dan tak perluah menrugut ketika susah mahupun miskin kerana duit bukan lah segalanya , banyak lagi ciptaanNya dimuka bumi ini seperti tumbuh tumbuhan. orang yang susah perlu beruuk tanam untuk mendapatkan hasil.mereka boleh menjadi nelayan kerana hasil tangkapan adalah asli bukannya dari ciptaan manusia. Nampakkan ? SubhanAllah logiknya jika kita berfikiran panjang dan muhasabah apabila diri kita ketika hidp ada sahaja yang tidak mencukupi.


MUHAMMAD ALIF AZANAN
2015686412

Wednesday 4 May 2016

Soalan Eksplorasi Tamadun India

SOALAN OBJEKTIF

1. Kejayaan besar Tamadun Islam di India ialah dengan penubuhan beberapa buah kerajaan       Islam. 
    Berdasarkan pernyataan di atas, apakah nama kerajaan Islam pertama diasaaskan di India?
     (B) Kerajaan Delhi

2. Pemerintahan Shah Jehan (1592-1666M) dianggap sebagai zaman keemasan pemerintahan Mughal     di India, khususnya dalam bidang ilmu seni bina.Manakah antara berikut merupakan cemerlang           beliau dalam seni bina?
     (B) Taj Mahal

3. Manakah antara berikut bukan kerajaan Islam di India?
     (C) Kerajaan Gupta

4. Berikut ialah sumbangan Tamadun Islam di India, kecuali
     (D) Adat perkahwinan mengikut budaya Arab

5. Mohenjo Daro dan Harappa 3000(S.M) merupakan 2 buah pusat tamadun terawal di                              India.Dimanakah lokasinya pusat tamadun tersebut?
      (B) Lembangan Sungai Indus
 
SOALAN SUBJEKTIF

1. Lima bentuk kepercayaan atau agama yang diamalkan dalam Tamadun India. (Siti Haziqah)

a) agama Hindu

     Agama Hindu ini merupakan agama yang dianuti oleh kebanyakan masyarakat India ketika itu. Agama Hindu ini bermula di Lembah Sungai Indus. Agama ini terbentuk hasil campuran antara kepercayaan orang-orang Hindus dengan orang-orang Aryan dari Asia Timur Tengah. ia juga dikenali sebagai Sanataradharma iaitu agama yang abadi dan tidak mempunyai permulaan dan pengakhiran. Brahmanisme yang merujuk kepada kepercayaan bahawa duna ini bermula dengan wujudnya 'roh' dunia yang digelar sebagai Brahman. Agama ini juga mempercayai kewujudan tuhan dan berpegang kepada konsep Trimurthi iaitu cara jelmaan tuhan atau dewa.
  • Brahman (dewa pencipta)
  • Vishnu ( dewa pelindung)
  • Siva (dewa pemusnah)
b) agama Buddha

    Agama Buddha ini diasaskan oleh Siddharta Gautama. Beliau dilahirkan dari suku kaum Sakya dan merupakan seorang guru. Perkataan Buddha ini berasal daripada perkataan 'Bodhi' yang membawa maksud hikmah dan mendapat kesedaran. Ia juga menunjukkan seseorang itu sudah mencapai satu tahap kesedaran rohani yang lengkap. Agama ini tertumpu kepada pemasalahan utama manusia dan penderitaan yang dialami oleh mereka. Agama ini juga  mempunyai kitab Tripitaka yang bermaksud 'Tiga Himpunan Hikmah' iaitu:
  • Sutta Pitaka
  • Vinaya Pitaka
  • Adhdhamma Pitaka
c) agama Jaina

    Agama ini diasaskan oleh Nataputta Vardhamana yang digelar sebagai Mahavira (pahlawan besar). Dalam agama Jaina ini mementingkan undang-undang sebab dan akibat yang dipercayai dapat menentukan kelahiran semula roh-roh individu. Ini menunjukkan konsep karma dan samsara amat penting kepada agama Jaina. Agama ini mempunyai 9 prinsip iaitu:
  • Jiva (roh kekal yang ada pada benda yang hidup dan bernyawa)
  • Ajiva (benda yang tidak bernyawa)
  • Asrava (daya penarik)
  • Papa karma (dosa hasil perbuatan jahat)
  • Punya karma (pahala hasil perbuatan baik)
  • Bandha (ikatan roh dengan keinginan dan kejahilan)
  • Samvara (menahan pengaliran karma)
  • Nirjara (penghapusan karma)
  • Siddhi (pelepasan dari kelahiran semula)
d) agama Sikh

    Agama Sikh ini diasaskan oleh Guru Nanak. Beliau dilahirkan di Punjab. kepercayaan utama dalam agama ini adalahmengenai kewujudan tuhan yang satu. Kitab sucinya adalah Granth Saheb atau dikenali sebagai ktab tuhan. Terdapat dua himpunan kitab iaitu Adi Granth dan Dasam Granth. Sekiranya mereka tidak menjumpai jawapan dalam kitan Granth Saheb sebagai penyelesaian kepada pemasalahan yang timbul, mereka perlu memutuskan isu-isu tersebut sebagaisebuah masyarakat berdasarkan prinsip-prinsip kitab mereka. Sikh juaga percaya bahawa cara hidup yang baik adalah
  • hidup jujur dan bekerja keras
  • melayan semua orang adalah sama
  • bersikap bermurah hati bagi mereka yang kurang bernasib baik
  • berkhidmat kepada orang lain.
e) agama Islam

    Islam telah bertapak di bumi India sejak 7M lagi. Raja India yang pertama memeluk Islam adalah Raja Chakrawati Farmas. Peristiwa bulan terbelah dua yang berlaku di Mekah telah disaksikan oleh beliau ketika berada di Malabar, India. Beliau mengutuskan anak lelakinya sebagai wakil untuk bertemu dengan Nabi Muhammad SAW. Anak lelakinya itu memeluk Islam di hadapan Rasulullah SAW dan telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang di perlabuhan Zafar, Yaman. Islam mula berkembang setelah pembukaan wilayah Sind pada 8M oleh Muhammad al-Qasim. Kedatangan Islam di bumi India dianggap sebagai satu hadiah kepada tamadun India kerana telah membuka lembaran di India. Islam memperkenalkan konsep lengkap yang melibatkan hubungan manusia dengan pencipta Yang Maha Esa, hubungan manusia sesama manusia dan juga hubungan manusia dengan alam .

2. Susunan masyarakat India dalam sistem kasta ialah:

Sistem varna merupakan pembahagian kelas sosial yang tetap hierarkinya dan tidak boleh diubah iaitu sistem ini mengehadkan mobiliti sosial. Kelas sosial dibahagikan kepada lima kategori iaitu pertama, Brahmin iaitu golongan guru-guru agama, pengendali upacara di kuil, golongan terpelajar dan lain-lain. Kedua, Kshatriya iaitu kelas pemerintah dan pasukan keselamatan negara.  Ketiga, Vaishya iaitu kelas perekonomian. Keempat, Shudra yang berkhidmat kepada tiga-tiga golongan di atas, dan kelima, Pariah iaitu golongan murtad dan dibuang varna.

3. Nyatakan lima bentuk pencapaian Tamadun India yang menyumbang kepada peradaban dunia.

PENDAHULUAN

Kecemerlangan dalam ilmu pengetahuan antara elemen penting dalam setiap tamadun. Tamadun India adalah antara tamadun yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu pengetahuan dunia seperti perubatan, fizik, kimia, astronomi, matematik,senibina, bahasa dan sebagainya. Tidak dinafikan penerokaan yang dibuat oleh sarjana India telah memberi inspirasi kepada sarjana dunia yang lain untuk memperkembangkannya menjadi ilmu yang lebih mantap. Perkembangan ilmu pengetahuan dalam tamadun India berlaku seawal zaman pra sejarahnya iaitu Lembah Indus, kemudian berkembang ke zaman Vedik, zaman Islam dan era penjajahan Inggeris. Faktor sejarah diakui oleh para sarjana sebagai elemen penting kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan dalam tamadun ini Selain itu, elemen agama juga merupakan unsur penting dalam setiap perkembangan ilmunya

TAHAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DAN ILMU PENGETAHUAN
Tamadun Lembah Indus

  • tidak begitu ketara namun terdapat penemuan dan elemen pendidikan sepertiperbandaran, hubungan dengan masyarakat luar dan lain-lain. Zaman Vedik
  • Kecemerlangan empayar-empayar awal seperti Maurya, Gupta, Sangam, Pallava dan Chola. Kemasukan orang-orang Aryan yang telah memiliki teknologi besi kemudiannya memperkukuhkan lagi perkembangan ilmu seiring dengan perkembangan ajaran Hindu
  • Zaman Islam telah mempengaruhi perkembangan senibina, bahasa/sastera, astronomi, matematik, perubatan dan lain-lain. Manakala Zaman penjajah (Portugis, Belanda, Peranchis dan Inggeris) telah mempengaruhi dari sudut bahasa, sains dan teknologi moden.

SUMBER ILMU PENGETAHUAN INDIA

  • Kitab-kitab Veda
  • Tamadun Mesopotamia
  • Tamadun Islam
  • Tamadun China
  • Tamadun Barat
Pencapaian

  • Bidang Pendidikan
Dikuasai oleh kasta Brahmin
kitab2 Veda
Penubuhan universiti
Zaman Islam; berkembang pesat – semua golongan. Bertambah pusat pendidikan.
Zaman Inggeris: pendidikan Inggeris berkembang
  • Bidang sains
  • Matematik
  • Astronomi dan kalendar
  • Fizik dan kimia
  • Logam
  • perubatan
  • Bidang kesenian
Muzik
Tarian
Drama
Lukisan
  • Bidang bahasa dan kesusasteraan
  • Bidang seni bina

4. Lima tokoh terkenal zaman pemerintahan Islam di India.

1. Aurangzeb Alamgir (1658-1707M)
2. shah jehan
3. Muhammad Abdul Mudzaffar bin Husein Al Ghari
4. Jahangir (1605-1607M)
5. Raja Akhbar Shah

5. Bentuk-bentuk seni yang memperlihatkan pencapaian tamadun India.

Perkongsian Tamadun India

India dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu India Utara (Indo-Arya) dan India Selatan (Dravida). Faktor geografi menyebabkan perkembangan dua kebudayaan yang agak berbeza dari segi rupa bentuk fizikal, bahasa, budaya serta amalan kebudayaan di antara bahagian tersebut. Orang Indo-Arya berbadan tinggi, berkulit cerah dan bermuka panjang melakukan aktiviti menternak kuda dan binatang lain serta terlibat sedikit dalam aktiviti pertanian. Bahasa yang digunakan adalah bahasa Sanskrit. Wujud pembahagian kelas dalam struktur masyarakat mereka yang dikenali sebagai sistem varna. Setiap individu dianggap melalui empat peringkat dalam kehidupan peribadi (ashrama), iaitu brahmacharya, ghastya, vanaprasatha dan sannyasa.

Islam tiba di Perairan Malabar, India pada abad ke-7 melalui para pedagang dan peniaga Arab yang baru memeluk Islam. Integrasi mantap antara budaya agama Hindu dan Islam di serata India apabila Islam tiba di Utara India pada abad ke-12. Unsur-unsur budaya Indo-Islam melalui beberapa ciri seperti bahasa, pelajaran, persuratan, terjemahan, muzik, sajak, seni lukis, dan seni bina.

Refleksi Tamadun India

Tamadun Lembah Indus merupakan tamadun yang memliki ciri-ciri peradaban yang maju di samping pencapaian budaya pemikiran yang tinggi.Hasil pertembungan budaya antara budaya orang Arya dan Lembah Indus mewujudkan bentuk kebudayaan yang baharu iaitu Indo-Arya. Indo-Arya juga mewujudkan sistem kasta yang membezakan setiap kelas masyarakat berdasarkan warna kulit.Selain itu, Tamadun India ini amat berpegang teguh pada ajaran agama dan kepercayaan mereka.Kehebatan tamadun ini dapat juga dilihat dari aspek senibina dan kejuruteraan yang mampu memberi inspirasi kepada masyarakat kini.Tambahan lagi, apa yang saya dapat pelajari , setiap pemimpin itu perlu mempunyai matlamat untuk dicapai dan dari situ akan lahirlah strategi yang akan merealisasikan matlamat dengan berjaya.

Siti Nur Aishah Bt Ar Azly
2015250382

Tamadun India mempunyai sistem yang membahagikan masyarakatnya kepada empat bahagian yang dikenali sebagai sistem varna. Penerimaan ciri-ciri islam oleh masyarakat Hindu menjadi dorongan untuk masyarakat luar yang masuk ke India menentang  beberapa amalan dalam masyarakat Hindu seperti ketidaksamaan sosial, penyembahan patung-patung serta lain-lain amalan songsang. Kepakaran tamadun India dalam seni bina semakin maju pada zaman kedatangan islam dengan pembinaan masijid-masjid terkenal seperti Masjid Mutiara dan Taj Mahal. Kemahiran yang mereka miliki dalam seni bina tidak dapat diperlekehkan hatta bangunan yang dibuat menggunakan teknologi canggih yang ada sekarang tidak sekukuh seni bina mereka.

Nursyafika Binti Dzulkiflee
2015263014

Tamadun India adalah sebuah tamadun yang begitu maju pada ketika itu. Dibahagikan pada tiga zaman, zaman awal, zaman pertengahan dan zaman moden, mereka merupakan tamadun yang amat maju dan membangun dengan pencapaian mereka dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang ilmu pengetahuan seperti bidang bahasa dan kesusasteraan,agama, seni bina dan kejuruteraan. Ini jelas dapat dilihat melalui kemunculan karya kesusasteraan seperti Indo arya dan Dravida, dan juga pembinaan  The Great Bath, Taj Mahal, ilmu-ilmu Fizik dan Kimia , bidang astronomi dan pelbagai lagi. Namun begitu, kekurangan Tamadun ini ialah mereka mengamalkan satu sistem pengkelasan rakyat, iaitu Sistem Kasta. Sistem ini jelas menunjukkan pembahagian kelas masyarakat yang sebahagiannya adalah merupakan satu penindasan terhadap sesuatu kelas masyarakat. Pada pendapat saya, perkara ini adalah tidak adil dan tidak sepatutnya ada pada Tamadun yang maju seperti Tamadun India ini. Namun, Kedatangan Islam dan orang Islam ke India telah memainkan peranan penting dalam kebangkitan ekonomi dan pengaruh budaya di India.

ZUHAIR ARHAM BIN ZULKAFLI
2015664592

Melalui pemerhatian saya, tamadun india jelas memberi pengaruh di Malaysia. Perkara ini dapat dilihat pada pembinaan masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang yang jelas menunjukkan penyebaran agama Islam terhadap masyarakat India. Pengaruh india telah banyak meresap dalam adat dan budaya kaum melayu.Pengaruh ini paling ketara dalam adat resam melayu yang membabitkan perkahwinan dan kehamilan. Amalan-amalan seperti wanita hamil membawa pisau bagi melindunginya daripada semangat jahat pada prinsipnya mempunyai persamaan dengan amalan orang Hindu melindungi diri daripada sihir dan hantu-hantu yang jahat. Di samping itu pengaruh India dalam hiburan dapat dilihat melalui tarian dan muzik yang masih wujud dalam masyarakat Melayu antaranya ronggeng, boria, wayang kulit dan mak yong.

FATIN AMERRA BINTI ZAINOL HAHSDI
2015686704

Perkara yang saya dapat daripada bab ini adalah ilmu mengenai Tamadun India kerana saya tidak pernah mengetahui tahu mengenai tamadun ini. Jujur kata, saya jarang mendengar dan ini kali pertama saya dapat mempelajari dengan lebih jelas lagi mengenai tamadun India. Alhamduillah.

Siti Haziqah binti Abdu Razak
2015683618 



Bab tamadun India pula, apa yang saya dapat adalah tamadun ini mempunyai bahagian golongan orang mengikut pangkat. Barulah saya sedar mengapa apabila disebut "pariah" orang india akan marah kerana "pariah" itu adalah kedudukan yang terakhir dalam pangkat kehidupan mereka. Selain itu, mereka juga banyak menghasilkan karya seni seperti kain yang berkualiti sehinggalah kini.Seni bina juga banyak disumbangkan oleh mereka seperti Taj mahal , masjid Moti, Gua anjatha dan lain lain.


MUHAMMAD ALIF AZANAN 
2015686412

Tuesday 3 May 2016

Unsur Kesenian dalam Masyarakat Melayu



Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang terkenal dengan pelbagai unsur kesenian dan kebudayaan yang wujud akibat pelbagai campuran budaya dari luar semasa awal kewujudannya.Hal ini menyebabkan kesenian yang dimiliki oleh masyarakat Melayu menjadi semakin halus dan unik di samping terdapat pelbagai kelebihan disebaliknya.
Antara unsur kesenian yang menjadi fokus pada tugasan kali ini adalah mengenai rumah tradisional masyarakat Melayu.

1. Rumah Tradisional Melayu kebanyakannya bertiang .Hal ini demikian kerana, ia dapat mengelak daripada ditenggelami air apabila berlakunya banjir.Selain itu, kedudukannya yang lebih tinggi daripada lantai dan strukturnya yang kuat membolehkan penghuni mendiaminya dengan selamat. Jadi, boleh dikatakan rumah tersebut mempunyai ciri-ciri keselamatan yang bertujuan mengelakkan serangan musuh dari bahagian bawah.

2. Batu alas yang berfungsi sebagai kaki rumah berbentuk empat segi nyata memberi perlindungan kepada struktur kayu daripada rosak daripada serangan cuaca dan serangga perosak. (Melaka)

kedudukannya yang lebih tinggi daripada lantai dan
batu alas yang berfungsi sebagai kaki rumah
3. Pelenggar pula terletak di bawah rumah digunakan untuk berehat atau tempat bersembang dengan        jiran-jiran kerana masyarakat Melayu tradisional Kedah terkenal dengan budaya ziarah menziarahi      sesama jiran.

ruangan pelenggar yang terletak dibawah rumah 
4. Kebanyakan tingkap bagi rumah tradisional Melayu adalah dari jenis yang bukaannya ke luar dan mempunyai kayu kekisi di bahagian bawah tingkap sebagai peredaran udara keluar dan masuk dan juga berfungsi sebagai palang keselamatan bagi anak-anak kecil.(Melaka)


5. Bentuk bumbung rumah tradisional Melayu yang curam dipanggil “lipat kajang” dapat                         memudahkan curahan air hujan. Ia juga bertujuan mengurangkan tempias ketika hari hujan.


6. Pembinaan rumah di atas tanah yang rata juga sangat penting bagi masyarakat Melayu kerana mereka mempercayai penghuninya akan tenang hidupnya dan disenangi daam pergaulan.

7. Arah rumah itu menghadap juga penting dalam pembinaan rumah orang Melayu. Jika arah utara, ia bermaksud baik sekali, mendatangkan banyak rezeki, jarang ditimpa penyakit dan hidup dalam keadaan yang mencukupi manakala selatan pula membawa maksud nasib tidak menentu, kadang-kala baik, kadang-kala tidak baik. Jika menghadap ke timur, ia memberi makna bahawa penghuni rumah itu bernasib baik, mendatangkan rezeki dan jauh dari penyakit. berbeza pula dengan arah barat yakni bernasib tidak baik, sering diserang penyakit panas dan hidup tidak tenteram.


8. Pembinaan bendul pada pintu rumah merupakan halangan daripada dimasuki binatang-binatang yang berbisa seperti ular, lipan dan sebagainya. Ia juga digunakan sebagai batasan atau sekatan bagi tetamu yang datang terutamanya tetamu lelaki. Mereka hanya boleh masuk ke dalam rumah seandainya tiada penghuni perempuan.



9. Bilangan anak tangga dalan pembinaan rumah melayu selalunya antara lima atau enam. Ini bermaksud  anak tangga yang pertama memberi salam, kedua pengisik debu, ketiga pelepas penat, keempat peninjauan laman, kelima pijakan adat (semasa bertemu dan bersalam dengan tuan rumah) dan akhir sekali, anak tangga yang keenam dalah untuk gantung rantungan. Kebiasaannya kaum ibu yang bersembang di tangga akan meletakkan atau menggantung sebelah kakinya di atas anak tangga yang keenam ini.

10. Dalam masyarakat melayu, pangkal kayu anak-anak tangga hendaklah diletakkan disebelah kanan dan hujung kayu disebelah kiri. Antara maksudnya adalah tiada pertelingkahan dalam rumah terutamanya adik-beradik, penghuninya tidak terkejut di tengah malam (tidur yang terganggu) dan juga kehidupan yang bahagia, tiada perkara buruk yang akan berlaku.







Perkongsian Tamadun Melayu

Istilah Malayu (Melayu) sudah lama wujud dan dipercayai telah menduduki 60% muka bumi sejak beribu tahun yang terdahulu.Islam di Alam Melayu merupakan satu elemen yang sangat penting dan signifikan dalam perkembangan tamadun Melayu.Terdapat pelbagai teori yang diutarakan oleh sejarawan mengenai kedatangan Islam.Antaranya, Islam dibawa dari India melalui hubungan perdagangan dan kebudayaan sekitar abad ke 13M.Selain itu, teori Islam dibawa dari China pula adalah dari orang Arab -Islam yang mencari perlindungan Nusantara akibat pemberontakan besar di Canton manakala teori yang terakhir ialah Islam dibawa dari Arab oleh para pedagang Arab dan sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW.

Pencapaian Tamadun Melayu menjadi bukti kegemilangan bangsa Melayu dan kegemilangan yang dimilki mampu membina wawasan dan mengukuhkan lagi jati diri kemelayuan pada masa kini.Pencapaian ini dibuktikan dalam bentuk catatan, tulisan, tinggalan seni bina dan artifak lain serta dirangkumkan kepada 3 kategori iaitu, pencapaian material (benda), intelektual (ilmu pengetahuan), dan spiritual (agama/kepercayaan).

Refleksi Tamadun Melayu

Apa yang saya dapat pelajari melalui Tamadun Melayu ini ialah, Tamadun Melayu merupakan tamadun yang harus dibanggakan kerana teras perkembangannya berasaskan agama Islam.Tambahan lagi, bangsa Melayu juga dikaitkan dengan salasilah keturunan nabi Ibrahim dan datangnya Islam ke alam Melayu juga dengan cara yang istimewa.Selain itu, Tamadun Melayu kaya dengan sumber alam dan penuh dengan kesenian serta kemahiran yang unik kerana percampuran budaya dan adat.Budaya atau adat merupakan tindakbalas daripada apa yang dipercayai.Tamadun Melayu pada awal kemunculannya merupakan tamadun yang unggul dan setiap undang-undang yang dibuat sentiasa dipatuhi oleh para pedagang serta masyarakatnya.Ini mengukuhkan lagi bahawa Tamadun Melayu merupakan tamadun yang hebat pada awal kemunculannya.

Siti Nur Aishah Bt Ar Azly
2015250382


Refleksi saya mengenai tamadun melayu ini adalah kedatangan islam telah mengukuhkan lagi tamadun melayu kerana agama Islam merupakan asas kepada tamadun melayu. Kehilangan elemen agama islam daripada jati diri Melayu boleh menyebabkan keunggulan serta kekuatan dalaman yang ada akan lenyap serta tidak berupaya untuk memajukan dan megekalkan keamanan tamadun dan negara.

Nursyafika Binti Dzulkiflee
2015263014

Kesemua tamadun di dunia ini mempunyai tahap kemajuannya yang tersendiri. Tidak terkecuali Tamadun Melayu yang telah lama menapak di bumi Nusantara ini. Bukti kegemilangan Tamadun Melayu dan bangsa Melayu telah lama tercatat pada lembaran-lembaran silam dan dari segi material,intelektual,spiritual, artifak dan seni bina masyarakat Melayu. Tamadun Melayu telah lama mempunyai sistem pemerintahannya yang tersendiri iaitu sistem Kesultanan. Masyarakat Tamadun Melayu mempunyai kesantunan budi bahasa dan pekerti yang cukup tinggi. Kedatangan Islam ke alam Melayu telah menghaluskan lagi nilai-nilai ini. Islam diterima baik dikalangan masyarakat Melayu dan juga Sultan pemerintah kerajaan Melayu. Juga kaitan diantara orang Melayu dengan keturunan salasilah Nabi Ibrahim juga ibarat memberi rahmat terhadap tamadun ini.

ZUHAIR ARHAM BIN ZULKAFLI
2015664592

Apa yang saya belajar melalui bab ini ialah tamadun melayu kita boleh dibanggakan kerana bahasa kita sebagai lingua franca, ekonomi, sikap pemerintah dan nilai- nilai murni yang ada. Contohnya hikayat raja Pasai alam Melayu yang bermimpi berjumpa dengan nabi. Disebabkan peristiwa ini, Raja Pasai memeluk Islam dan kemudian seluruh rakyat turut memeluk Islam. Ini jelas menunjukkan nilai-nilai murni yang diamalkan oleh orang melayu terdahulu. Saya mendapati institusi kesultanan sangat peting kerana jika tiadanya institusi ini , orang Melayu sekarang ini berkemungkinan tiada tempat untuk mereka samada di kerajaan atau swasta atau mereka mungkin tidak dapat ajaran Islam yang betul. Saya juga dapat mempelajari jangan kita sesekali meremehkan hadis dari ulama terdahulu kerana sesungguhnya ilmu kita tidak setinggi ulama terdahulu. Oleh itu jangan sesekali riak dan sombong dengan mengatakan ulama tersebut tidak penting.

FATIN AMERRA BINTI ZAINOL HASHDI
2015686704


Dalam tamadun melayu, apa yang saya pelajari adalah orang melayu dahulu kala hidup dalam keadaan yang rajin berwawasan. Saya kagum melihat kepahlawanan orang melayu menentang musuh apabila dijajah. Apa yang menarik sekali adalah , apabila disebut MELAYU sahaja pasti ianya ISLAM. Itu yang saya teruja mendengar .Kedatangan islam di tamadun melayu juga adalah sebuah kejayaan yang besar kerana memberi input ibarat sungai memerlukan air. Banyak kejayaan orang melayu dikecapi seperti sistem beraja tidak digunakan lagi dalam sistem hindu. Sultan juga diberi nama dalam islam. Akhir sekali, orang melayu dahulu mempunyai iman yang kuat untuk menegakkan islam dan negara.

MUHAMMAD ALIF AZANAN 2015686412

Setelah mempelajari ilmu tamadun melayu ini, bahagian yang dapat menarik perhatian saya adalah kesenian orang Melayu yang sangat cantik dan unik. Sungguh indah dan hebatnya mereka menghasilkan sesuatu barang. Pernah juga saya tertanya-tanya, bagaimana mereka mampu menghasilkan semua itu? Sedangkan kita tahu, untuk membuat sesuatu barangan yang berseni ini bukan mudah. Ia memerlukan pengorbanan wang, masa dan tenaga yang sangat tinggi. Subhanallah, betapa besarnya pemberian Allah kepada hambaNya dalam mengekalkan tamadun Melayu sehingga kini. Kurniaan tuhan yang mana lagi yang mahu kita dustakan? Pengajaran yang saya dapat adalah setiap kehebatan yang kita nampak, pasti ada pemberinya, pasti ada penciptanya. Hal ini mengingatkan saya mengenai siapa pencipta saya,  di mana saya dan bagaimana hubungan saya dengannya. Allahu. Dia memberi ilham kepada saya melalui persoalan-persoalan tadi dan secara tidak langsung saya telah mengingati-Nya sepanjang pembelajaran tamadun Melayu. Subhanallah. :)

SITI HAZIQAH BINTI ABDUL RAZAK
2015683618