FAKULTI
PENGURUSAN PERNIAGAAN
(KEUSAHAWANAN)
TAMADUN ISLAM
DAN TAMADUN ASIA
CTU551
TINTA TAMADUN
AHLI
KUMPULAN
FATIN AMERRA BINTI ZAINOL HASHDI 2015686704
SITI HAZIQAH
BINTI ABDUL RAZAK 2015683618
SITI NUR AISHAH
BINTI AR AZLY 2015250382
NURSYAFIKA BINTI
DZULKIFLEE 2015263014
ZUHAIR ARHAM BIN
ZULKAFLI 2015664592
MUHAMMAD ALIF
BIN AZANAN 2015686412
KUMPULAN :
BM231 2L
PENSYARAH :
USTAZAH MAHFUZAH
BINTI ZABIDI
MUZIUM
1.0 PENGENALAN
Penubuhan Muzium
Pendidikan Nasional telah pun diilhamkan sejak tahun 1950an lagi. Sepanjang
tempoh penubuhan Muzium Pendidikan Nasional ini, muzium ini telah dikenali
dengan beberapa nama seperti Muzium SITC, Muzium Pendidikan MPSI, Muzium
Pendidikan IPSI dan Muzium Pendidikan Negara Sultan Idris. Pada 1955 impian
tersebut telah direalisasikan apabila ruang legar di tingkat atas Bangunan
Suluh Budiman telah dipilih untuk dijadikan sebuah muzium kecil yang
mempamerkan khazanah-khazanah yang berkaitan dengan pendidikan di SITC dan
budaya masyarakat Tanjong Malim.
Pada 31 Julai 1983,
DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Sultan Ahmad Shah telah melawat
Muzium Pendidikan MPSI untuk merasmikan Perayaan Jubli Intan MPSI. Beliau juga
telah menyokong gagasan penubuhan Muzium Pendidikan Nasional. Pada Ogos 1986,
Kementerian Pendidikan telah bersetuju terhadap saranan untuk menubuhkan secara
rasmi Muzium Pendidikan Nasional. Langkah pertama penubuhan muzium ini bermula
apabila Muzium Negara membuat pameran pendidikan di Kuala Lumpur. Pada 18
Februari 1993, satu pertemuan telah diadakan bersama Tun Abdul Ghaffar Baba,
Timbalan Perdana Menteri Malaysia untuk membincangkan tentang penubuhan muzium
pendidikan ini. Pada 19 Ogos 1993, Tun Abdul Ghaffar Baba telah mengumumkan
pengistiharaan Muzium Pendidikan Negara Sultan Idris. Kemudian apabila
Universiti Pendidikan Sultan Idris ditubuhkan pada Mei 1997, muzium ini
dipindahkan dari Bangunan Suluh Budiman ke Rumah Pengetua SITC.
Pada 26 Jun 2002,
melalui kertas cadangan serta kata sepakat dari pihak Kementerian Pendidikan,
pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris dan kementerian yang lain muzium ini
dengan rasminya telah dikenali sebagai Muzium Pendidikan Nasional. Pada 2007,
bersempena dengan pameran Kolej Kirkby Muzium Pendidikan Nasional telah
ditempatkan semula di Bangunan Suluh Budiman. Bangunan Suluh Budiman ini
kemudiannya telah digazetkan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 sebagai
bangunan Warisan Kebangsaan pada 14 Februari 2009. Pada 24 Ogos 2009, sesuai
dengan tarafnya sebagai Muzium Pendidikan Nasional, kerja-kerja konservasi
bangunan, menaiktaraf ruang pameran, kerja-kerja pengisian pameran dan
kemudahan-kemudahan yang lain telah dilaksanakan mengikut kehendak keperluan
bidang permuziuman.
Selain Bangunan Suluh
Budiman yang bertempat di dalam Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti
Pendidikan Sultan Idris, terdapat beberapa bangunan lain yang telah dipilih
oleh pihak kementerian untuk dijadikan sebagai bangunan bersejarah. Antara
bangunan-bangunan bersejarah, yang dikenalpasti untuk dijadikan sebahagian dari
Muzium Pendidikan Nasional seperti Bangunan Suluh Budiman, Bangunan Tadahan
Utara SITC, Bangunan Tadahan Selatan SITC, Bangunan Rumah Pengetua SITC,
Bangunan Rumah Tamu SITC Bangunan Dewan Makan SITC, dan Bangunan Sekolah
Latihan SITC.
2.0 FAKTOR PEMILIHAN MUZIUM
Pada tarikh 6 April 2016,
kami telah mengadakan lawatan ke Muzium Pendidikan Nasional di Tanjong Malim
Perak. Kami memilih muzium tersebut kerana lokasinya yang strategik iaitu lokasi
yang agak berdekatan dengan Puncak Alam serta tanpa perlu merempuh kesesakan
lalu lintas. Selain itu, muzium ini lebih menjurus ke arah pendidikan dimana
kami dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sistem pendidikan yang
pernah wujud di Malaysia. Kami juga dapat memperkasakan lagi pengetahuan
mengenai tokoh-tokoh yang melopori bidang pendidikan dari awal sistem
pendidikan diperkenalkan.
3.0 DAPATAN
Gambar hadapan Muzium Pendidikan Nasional
Galeri Buku Teks yang pernah diguna pakai
Rekod maklumat guru-guru ditulis dalam tulisan Jawi
Meriam SITC
Meriam tersebut pernah digunakan oleh Raja Mahadi dalam peperangan
menentang Tunku Kudin pada abad ke 19 dan juga sebagai tanda kenangan semasa
perasmian SITC.
Gading gajah.
Gajah tersebut telah ditembak mati pada 23 Mac 1923 di belakang
kawasan SITC.
Antara replika sekolah-sekolah terawal ditubuhkan
Diorama Pejabat Karang Mengarang.
Za’ba pernah berkhidmat sebagai ketua Penterjemah di Pejabat Karang
Mengarang SITC (1924 -1935). Beliau juga banyak menghasilkan buku-buku semasa
menjawat jawatan tersebut, diantaranya ‘The Malay School Series, Pelita Bahasa
Melayu, Ilmu Bahasa Melayu dan pelbagai lagi. Dimana ini menggambarkan pejabat
Za’ba ketika beliau sedang menjalankan tugas di Pejabat Karang Mengarang di
SITC Tanjong Malim sekitar tahun 1924.
4.0 PERBINCANGAN DAPATAN
Melalui
lawatan ini, kami mendapati Muzium Pendidikan Nasional lebih menekankan kepada
pendidikan kerana pendidikan merupakan aspek penting dalam kehidupan. Muzium
ini telah dikenali dengan beberapa nama seperti Muzium SITC, Muzium Pendidikan
MPSI, Muzium Pendidikan IPSI dan Muzium Pendidikan Negara Sultan Idris.Pada
Ogos 1986, Kementerian Pendidikan telah bersetuju terhadap saranan untuk menubuhkan secara rasmi Muzium Pendidikan Nasional.
Langkah pertama penubuhan muzium ini bermula apabila Muzium Negara membuat
pameran pendidikan di Kuala Lumpur.
Muzium tersebut mempunyai 15 galeri dimana setiap galeri tersebut mengkhusus
kepada tahap-tahap pendidikan yang berlainan. Bidang
pendidikan yang terdapat di muzium tersebut adalah seperti Pendidikan Sains dan Teknologi, Pembelajaran Maya, e-Pembelajaran,
Neurosains Kognitif, Pendidikan Teknik dan Vokasional dan Perkembangan
Teknologi Pendidikan
Lawatan ke muzium ini dapat meningkatkan
pengetahuan yang sedia ada bahawa sistem pendidikan kita telah melalui pelbagai
peringkat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai tahap pendidikan yang
setaraf dengan antarabangsa. Selain itu, lawatan ini juga dapat menyuntik sikap
menghargai khazanah dan bangunan bersejarah yang masih kekal yang melambangkan bukti-bukti
penat lelah tokoh terdahulu berjuang untuk kebaikan negara dalam apa jua
bidang.
Disamping itu, melalui
lawatan ini mampu melahirkan rasa hormat dan kagum terhadap tokoh yang telah
banyak memberi sumbangan dari aspek pendidikan kerana dengan sumbangan ini sistem
pendidikan kini lebih mudah, telus dan berperingkat. Salah satu cara untuk
menghormati mereka adalah dengan mencontohi usaha gigih mereka menuntut ilmu
dan sikap tidak berputus asa.
Secara tidak langsung, muzium tersebut memberikan inspirasi kepada
kami untuk terus berjuang dalam menuntut ilmu dan menambah lagi pengetahuan
dalam apa jua bidang kerana melalui sistem pendidikan, ilmu dapat disebarkan
secara formal dan lebih meluas.
5.0 PENUTUP
Secara kesimpulannya, lawatan ke muzium ini mampu memberi nilai
tambah pada pengetahuan yang sedia ada dan menyuntik nilai-nilai positif
terutama sebagai pelajar. Disamping itu, pelajar juga harus bersyukur kerana
muzium ini boleh dijadikan tempat rujukan untuk masyarakat mengetahui
tahap-tahap perkembangan pendidikan yang diguna pakai pada zaman lampau hingga
kini. Pendidikan memainkan peranan penting untuk mencapai hidup yang berkualiti
kerana pendidikan merupakan antara petunjuk terpenting dalam kualiti hidup
manusia. Pendidikan membantu individu membina keyakinan diri untuk berhadapan
dengan dunianya, menikmati kemudahan yang sedia ada dipersekitarannya serta
memahami diri sendiri. Jesteru itu, untuk mencapai kecermelangan kualiti hidup
melalui pendidikan, perhatian awal harus tertumpu pada kanank-kanak.
Kanak-kanak adalah khazanah dunia yang paling berharga kerana pendidikan
terawal bermula dari zaman kanak-kanak.
TOKOH
1.0 PENDAHULUAN
Di dalam Projek Tinta
Tamadun ini, kumpulan kami telah diberi tanggungjawab untuk menemubual seorang
tokoh agama, bagi memberi pandangan terhadap Hagemoni Barat. Kami telah memilih
Ustaz Muhammad Faisol Bin Munjir untuk ditemubual dalam projek Tinta Tamadun
ini.
Beliau dilahirkan dan
dibesarkan di Tanjung Karang, Selangor. Ustaz Muhammad Faisol merupakan seorang
guru agama di Sekolah Tahfiz Ismail yang memegang jawatan sebagai Pengurus Hal
Ehwal Sekolah. Di dalam projek ini, kami telah menekankan tentang hal-hal dan
isu semasa peradaban, jihad, dajal, kemajuan teknologi masa kini dan tentang
blok-blok Barat.
Pada ketika ini, Kemajuan moden yang dunia kecapi tidak sebenar-benarnya dapat yang menjadi tunggak pembinaan umat dan tamadun. Ini disebabkan pendidikan, gaya hidup dan
pemikiran barat telah menghalang mereka daripada dapat memahami tunjang tamadun
Islam sedangkan apa yang kita perkatakan merupakan asas dan tapak tamadun
Islam. Jika pengertian ini hilang daripada sesuatu umat, maka tamatlah riwayat
hidupnya.
Kemajuan dan sikap
terbuka masyarakat sesetengahnya telah mengikis sifat ketamadunan dan nilai
dalam diri. Malah, Islam sebagai agama yang luhur juga telah semakin luntur
dalam kalangan masyarakat. Kemajuan dalam bidang politik dan ekonomi telah
dianggap sebagai budaya dan tamadun di sisi bukan Islam di mana ianya telah
mengkagumkan ramai manusia, sedangkan keduanya-duanya dipisahkan daripada nilai aqidah dan
akhlak. Namun, di sisi kita orang Islam, ianya merupakan ibadah dan didirikan
di atas asas iman dan akhlak di samping menerima segala penemuan dan ciptaan
yang baru.
Isu-isu ini akan diketengahkan dan diberi pandangan dan jawapan oleh Ustaz Muhammad Faisol.
Isu-isu ini akan diketengahkan dan diberi pandangan dan jawapan oleh Ustaz Muhammad Faisol.
2.0 FAKTOR PEMILIHAN TOKOH
Kami memilih Ustaz Faisol sebagai tokoh
kerana beliau merupakan seorang Ustaz yang berkaliber dan berpengalaman. Ustaz
Faisol merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda dari salah satu Universiti di
Mesir. Beliau pernah dibesarkan di beberapa buah negara di Timur Tengah antaranya
Mesir,Turki dan Jordan. Beliau juga gemar mengembara ke negara orang untuk
melihat budaya dan cara hidup masyarakat di negara tersebut.
3.0 DAPATAN KAJIAN
Apa yang kami dapati selepas membuat
temubual bersama ustaz Faisol adalah iaitu jawapan yang diberi beliau sangat
komprehensif dan bermakna disusuli dengan transkrip temubual yang kami
sediakan. Bukan itu sahaja, beliau juga seorang guru Tahfiz dan memegang jawatan Hal Ehwal Pelajar di
Ma’ahad Tahfiz bertempat di Masjid Puncak Alam.
Ketua kumpulan kami
bergambar bersama Ustaz Faisol
Di dalam Masjid Puncak Alam ni terletaknnya
Ma’ahad Tahfiz Ismail
4.0 PERBINCANGAN
DAPATAN
TRANSKRIP TEMUBUAL PELAJAR DENGAN USTAZ FAISOL
1.Pelajar
|
Apakah pandangan Ustaz mengenai tamadun
barat ?
|
|
Ustaz Faisol
|
Dasar yang mengejar keduniaan, dan
terlalu mengikut nafsu.
Agama ini dipisahkan oleh manusia
Manusia percaya tiga benda
I. Percaya ketuhanan
II. Percaya tahyul, hantu , roh
III. Keseluruhan alam semula jadi
Tamadun barat telah mengambil kemajuan
islam
|
|
2. Pelajar
|
Apakah pandangan Ustaz mengenai penguasaan kuasa barat ke atas negara
lain ?
|
|
Ustaz
|
Penjajahan minda lebih berkesan, cuba
memutarkan kesukaan manusia seperti zina dan minum arak. Menafikan tamadun
islam, menghalang penyembahan berhala.
|
|
3. Pelajar
|
Apakah pandangan Ustaz mengenai pengaruh globalisasi Barat di negara
islam?
|
|
Ustaz
|
Mereka menguasai teknologi dan ada
sesetengah negara Islam tidak memerlukan kekerasan untuk dipengaruhi kerana sekarang
adalah dunia tanpa sempadan seperti
dunia hiburan. Sebagai contoh penduduk Korea yang dikenali sebagai Kpop 80%
adalah Kristian. Selain itu, dangdut star dan program clever girl yang juga meniru
program mereka.
|
|
4. Pelajar
|
Konsep Islam yang selalu dikelirukan oleh media Barat ?
|
|
Ustaz
|
Barat beranggapan islam mengharapkan
bantuan daripada pihak luar terutama dari pihak mereka. Tanpa kita sedar,
kita telah ditakluki dan dikuasai oleh mereka. Sebagai contoh, Arab Spring, telah
menunjukkan kelemahan islam dan mempunyai rangking korupsi yang tinggi.
|
|
5. Pelajar
|
Apakah konsep jihad yang dibenarkan dalam islam ?
|
|
Ustaz
|
Tiada jihad selepas pembukaan Kota Mekah.
Dunia sekarang adalah “Nafsu Jihad” iaitu Jihad melawan nafsu. Seandainya
nafsu sendiri tidak mampu untuk dilawan, mana mungkin kita mampu mengangkat
senjata untuk melawan mereka. “ Fitnah itu tidur , maka jangan dikejut”
|
|
6. Pelajar
|
Pendapat ustaz mengenai negara-negara islam seperti (Arab) yang
dijatuhkan oleh rakyat mereka sendiri ?
|
|
Ustaz
|
Rakyatnya telah di propaganda untuk hidup
dengan keadilan dan liberal dengan mengatakan hidup ini susah dan mencari
pengaruh untuk menggulingkan kerajaan mereka.
|
|
7. Pelajar
|
Bagaimana kuasa-kuasa Barat mampu menguasai ekonomi dunia ?
|
|
Ustaz
|
Melalui teknologi yang mereka cipta
sendiri. Perkahwinan juga merupakan salah satu faktor yang mendorong barat
menguasai ekonomi dunia.
|
|
8.Pelajar
|
Rancangan pemimpin yahudi untuk menguasai mata wang dunia ?
|
|
Ustaz
|
Mereka menggunakan IMF, Bank Dunia dan
beberapa protokol untuk menguasai ekonomi supaya kedudukan mereka lebih kukuh
walaupun negara mereka kecil.
|
|
9. Pelajar
|
Apakah kelemahan Umat Islam kini ?
|
|
Ustaz
|
Ilmu, Iman, Akidah. Generasi kini
terutama Umat Islam sendiri sangat malas dalam menuntut Ilmu. Tanpa Ilmu,
kita tidak mampu eningkatkan Iman dan
akhirnya Akidah juga akan rosak.
|
|
10. Pelajar
|
Apakah pendapat Ustaz mengenai cabaran yang dihadapi oleh umat islam
akhir zaman ?
|
|
Ustaz
|
Terlalu banyak dan antaranya kita akan
dijajah secara keseluruhan iaitu dari segi mental dan fizikal dengan
kemodenan dan kekayaan dan membuatkan kita hilang jati diri.
|
|
11. Pelajar
|
Penciptaan gadjet-gadjet komunikasi elektronik memberi kesan positif
atau negatif kepada masyarakat ?
|
|
Ustaz
|
Pengunaan teknologi ada baik ada
buruknya. Kebaikkan penggunakan gadjet ini salah satunya adalah dapat berkomunikasi
dengan keluarga dan sahabat walaupun berjauhan. Buruknya pula adalah apabila
kita tidak mampu mengawal penggunaan sehingga kita leka bermain dengan gedjet
dan menjadi anti-sosial.
|
|
12. Pelajar
|
Apakah cara atau strategik yang masyarakat Islam perlu tahu untuk
menghadapi pengaruh globalisasi dan propaganda Barat ?
|
|
Ustaz
|
Berpegang semula dengan Al Quran dan Hadith
serta menuntut Ilmu.
|
|
13. Pelajar
|
Apakah kesan globalisasi yang tidak adil dan tidak seimbang seperti
dasar didominasi oleh negara-negara maju ?
|
|
Ustaz
|
Kuasa besar seperti barat mendominasi dan
menindas negara yang tidak standing dengan mereka Antara contoh yang nyata
ialah pada Turki mengalami kesusahan, Kesatuan Eropah tidak mahu bergabung
dengan Negara Turki tetapi apabila Turki sudah maju, mereka ingin bergabung
dengan Negara Turki.
|
|
14. Pelajar
|
Bagaimana cara untuk menghadapi tekanan daripada negara-negara Barat?
|
|
Ustaz
|
Seperti Timbalan Mufti Selangor,
menukarkan tekanan yang dihadapi dengan menjadi tekanan tersebut sebagai kekuatan dan motivasi dalam diri. Seperti
merancang semula dengan strategi yang lebih berkesan.
|
|
15. Pelajar
|
Apakah kesan yang wujud melalui
strategik Barat dan sekutunya mencipta kumpulan-kumpulan radikal seperti
Islamic State ?
|
|
Ustaz
|
Ingin mengalihkan pandangan, mereka
mempunyai isu tetapi tidak didedahkan. Membuatkan umat islam berpecah belah.
|
|
16. Pelajar
|
Zaman kegemilangan Islam sering dikaitkan dengan zaman Abbasiyah oleh
negara Barat, sedangkan zaman kegemilangan Islam adalah di zaman Rasulullah ?
|
|
Ustaz
|
Sebelum mencipta, sudah pasti ada sumbernya. Sedangkan mereka (barat)
mencipta teknologi canggih tetapi mereka mengambil dari ilmu ulama
kitab-kitab terdahulu
|
|
17. Pelajar
|
Terangkan mengenai Dajjal
|
|
Ustaz
|
Merujuk kisah Sahabat, dalam hadith nabi,
ketika keluarnya Dajjal bumi akan kering kontang. Apabila ia muncul ibarat
ahli sihir, jika lapar dia akan memberi makanan dan hanya orang yang beriman
akan kenyang dengan zikir dan ketika itu, orang tua menjadi hamba, seperti
ibu menjaga cucu.
|
|
18. Pelajar
|
Kaitan kuasa Barat zaman
sekarang dengan Dajjal
|
|
Ustaz
|
Sekarang tentera Dajjal berkumpul dan bersiap
sedia dengan ketibaannya. Surah Al Kahfi ayat 10 terawal dan 10 terakhir akan
mengelak kita daripada fitnah Dajjal. Akan muncul Imam Mahdi untuk membunuh
Dajjal. Akan hilangnya ilmu-ilmu seperti peninggalan ulama.
|
|
5.0 PENUTUP
Tuntasnya, kami telah
menerima banyak ilmu dan manfaat hasil daripada temubual bersama Ustaz Muhammad
Faisol. Soalan-soalan kami secara keseluruhan dijawab dengan baik sekali oleh
Ustaz. Perkara yang kami dapati daripada isu-isu yang dibangkitkan juga bagi
kami amatlah menepati dengan keadaaan semasa dunia pada ketika ini. Masyarakat
pada zaman ini terlalu leka dengan pembangunan dan kemajuan yang ada. Tambahan
lagi, dengan adanya penciptaan pelbagai alatan canggih serta hiburan yang
melalaikan telah banyak menyesatkan umat manusia. Cara-cara halus Barat ini
telah membuatkan umat Islam kini leka dan sebahagiannya sudah jauh terpesong
dari Islam.
Sebenarnya, setiap amalan yang dilakukan oleh manusia tidak kira kecil
atau besar didorong oleh kekuatan dalaman yang terbit dari hati dan perasaan.
Ini adalah kerana setiap manusia akan melakukan sesuatu amalan berdasarkan
tujuan yang ingin dicapainya. Apabila kekuatan yang sepatutnya menjadi batu
asas itu hilang atau tiada, ianya akan menyebabkan kegagalan kepada amal dan
usaha yang dilakukan di mana segala cita-cita tidak akan kesampaian dan bahkan
ianya akan menyebabkan kepenatan, bagaikan mereka yang mengejar bayang-bayang
sedangkan usaha tersebut tidak memberi apa-apa kesan pun kepada realitisebenar.
Seharusnya, walaupun
ditenggelami dengan kemajuan moden, hiburan dan pelbagai agenda barat yang
lain, masyarakat perlu berpegang teguh terhadap akidah Islam. Kita amat terbuka
dengan perkara-perkara baru, tetapi asasnya itu tidak boleh lari atau
bercanggah dengan Islam. Akhir kata, harapan kami ialah sebagai orang yang
berilmu kita tidak boleh sewenang-wenangnya lalai dengan dunia kini yang
mencabar dari pelbagai sudut. Ilmu perlu dicari dan dituntut bagi menghadapi
dunia global yang semakin tidak menentu ini