Saturday 11 June 2016

TINTA TAMADUN ( LAPORAN )







FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN
(KEUSAHAWANAN)

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
CTU551

TINTA TAMADUN

AHLI KUMPULAN

FATIN AMERRA BINTI ZAINOL HASHDI                    2015686704   
                                                                                      
SITI HAZIQAH BINTI ABDUL RAZAK                         2015683618

SITI NUR AISHAH BINTI AR AZLY                              2015250382

NURSYAFIKA BINTI DZULKIFLEE                              2015263014

ZUHAIR ARHAM BIN ZULKAFLI                                 2015664592

MUHAMMAD ALIF BIN AZANAN                                2015686412


KUMPULAN :
BM231 2L


PENSYARAH :
  USTAZAH MAHFUZAH BINTI ZABIDI



MUZIUM


1.0 PENGENALAN
       Penubuhan Muzium Pendidikan Nasional telah pun diilhamkan sejak tahun 1950an lagi. Sepanjang tempoh penubuhan Muzium Pendidikan Nasional ini, muzium ini telah dikenali dengan beberapa nama seperti Muzium SITC, Muzium Pendidikan MPSI, Muzium Pendidikan IPSI dan Muzium Pendidikan Negara Sultan Idris. Pada 1955 impian tersebut telah direalisasikan apabila ruang legar di tingkat atas Bangunan Suluh Budiman telah dipilih untuk dijadikan sebuah muzium kecil yang mempamerkan khazanah-khazanah yang berkaitan dengan pendidikan di SITC dan budaya masyarakat Tanjong Malim.

       Pada 31 Julai 1983, DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Sultan Ahmad Shah telah melawat Muzium Pendidikan MPSI untuk merasmikan Perayaan Jubli Intan MPSI. Beliau juga telah menyokong gagasan penubuhan Muzium Pendidikan Nasional. Pada Ogos 1986, Kementerian Pendidikan telah bersetuju terhadap saranan untuk menubuhkan secara rasmi Muzium Pendidikan Nasional. Langkah pertama penubuhan muzium ini bermula apabila Muzium Negara membuat pameran pendidikan di Kuala Lumpur. Pada 18 Februari 1993, satu pertemuan telah diadakan bersama Tun Abdul Ghaffar Baba, Timbalan Perdana Menteri Malaysia untuk membincangkan tentang penubuhan muzium pendidikan ini. Pada 19 Ogos 1993, Tun Abdul Ghaffar Baba telah mengumumkan pengistiharaan Muzium Pendidikan Negara Sultan Idris. Kemudian apabila Universiti Pendidikan Sultan Idris ditubuhkan pada Mei 1997, muzium ini dipindahkan dari Bangunan Suluh Budiman ke Rumah Pengetua SITC.

      Pada 26 Jun 2002, melalui kertas cadangan serta kata sepakat dari pihak Kementerian Pendidikan, pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris dan kementerian yang lain muzium ini dengan rasminya telah dikenali sebagai Muzium Pendidikan Nasional. Pada 2007, bersempena dengan pameran Kolej Kirkby Muzium Pendidikan Nasional telah ditempatkan semula di Bangunan Suluh Budiman. Bangunan Suluh Budiman ini kemudiannya telah digazetkan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 sebagai bangunan Warisan Kebangsaan pada 14 Februari 2009. Pada 24 Ogos 2009, sesuai dengan tarafnya sebagai Muzium Pendidikan Nasional, kerja-kerja konservasi bangunan, menaiktaraf ruang pameran, kerja-kerja pengisian pameran dan kemudahan-kemudahan yang lain telah dilaksanakan mengikut kehendak keperluan bidang permuziuman.

      Selain Bangunan Suluh Budiman yang bertempat di dalam Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, terdapat beberapa bangunan lain yang telah dipilih oleh pihak kementerian untuk dijadikan sebagai bangunan bersejarah. Antara bangunan-bangunan bersejarah, yang dikenalpasti untuk dijadikan sebahagian dari Muzium Pendidikan Nasional seperti Bangunan Suluh Budiman, Bangunan Tadahan Utara SITC, Bangunan Tadahan Selatan SITC, Bangunan Rumah Pengetua SITC, Bangunan Rumah Tamu SITC Bangunan Dewan Makan SITC, dan Bangunan Sekolah Latihan SITC.

  
 2.0 FAKTOR PEMILIHAN MUZIUM
   Pada tarikh 6 April 2016, kami telah mengadakan lawatan ke Muzium Pendidikan Nasional di Tanjong Malim Perak. Kami memilih muzium tersebut kerana lokasinya yang strategik iaitu lokasi yang agak berdekatan dengan Puncak Alam serta tanpa perlu merempuh kesesakan lalu lintas. Selain itu, muzium ini lebih menjurus ke arah pendidikan dimana kami dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sistem pendidikan yang pernah wujud di Malaysia. Kami juga dapat memperkasakan lagi pengetahuan mengenai tokoh-tokoh yang melopori bidang pendidikan dari awal sistem pendidikan diperkenalkan.


3.0 DAPATAN


Gambar hadapan Muzium Pendidikan Nasional


 Senarai nama guru-guru yang pernah berkhidmat  pada awal penubuhan Sultan Idris Training College


Galeri Buku Teks yang pernah diguna pakai


Rekod maklumat guru-guru ditulis dalam tulisan Jawi


Meriam SITC
Meriam tersebut pernah digunakan oleh Raja Mahadi dalam peperangan menentang Tunku Kudin pada abad ke 19 dan juga sebagai tanda kenangan semasa perasmian SITC.


Gading gajah.
Gajah tersebut telah ditembak mati pada 23 Mac 1923 di belakang kawasan SITC.


Antara replika sekolah-sekolah terawal ditubuhkan


 Diorama Pejabat Karang Mengarang.
Za’ba pernah berkhidmat sebagai ketua Penterjemah di Pejabat Karang Mengarang SITC (1924 -1935). Beliau juga banyak menghasilkan buku-buku semasa menjawat jawatan tersebut, diantaranya ‘The Malay School Series, Pelita Bahasa Melayu, Ilmu Bahasa Melayu dan pelbagai lagi. Dimana ini menggambarkan pejabat Za’ba ketika beliau sedang menjalankan tugas di Pejabat Karang Mengarang di SITC Tanjong Malim sekitar tahun 1924.


4.0 PERBINCANGAN DAPATAN
        Melalui lawatan ini, kami mendapati Muzium Pendidikan Nasional lebih menekankan kepada pendidikan kerana pendidikan merupakan aspek penting dalam kehidupan. Muzium ini telah dikenali dengan beberapa nama seperti Muzium SITC, Muzium Pendidikan MPSI, Muzium Pendidikan IPSI dan Muzium Pendidikan Negara Sultan Idris.Pada Ogos 1986, Kementerian Pendidikan telah bersetuju terhadap saranan untuk menubuhkan  secara rasmi Muzium Pendidikan Nasional. Langkah pertama penubuhan muzium ini bermula apabila Muzium Negara membuat pameran pendidikan di Kuala Lumpur. Muzium tersebut mempunyai 15 galeri dimana setiap galeri tersebut mengkhusus kepada tahap-tahap pendidikan yang berlainan. Bidang pendidikan yang terdapat di muzium tersebut adalah seperti Pendidikan Sains dan Teknologi, Pembelajaran Maya, e-Pembelajaran, Neurosains Kognitif, Pendidikan Teknik dan Vokasional dan Perkembangan Teknologi Pendidikan

      Lawatan ke muzium ini dapat meningkatkan pengetahuan yang sedia ada bahawa sistem pendidikan kita telah melalui pelbagai peringkat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai tahap pendidikan yang setaraf dengan antarabangsa. Selain itu, lawatan ini juga dapat menyuntik sikap menghargai khazanah dan bangunan bersejarah yang masih kekal yang melambangkan bukti-bukti penat lelah tokoh terdahulu berjuang untuk kebaikan negara dalam apa jua bidang.

      Disamping itu, melalui lawatan ini mampu melahirkan rasa hormat dan kagum terhadap tokoh yang telah banyak memberi sumbangan dari aspek pendidikan kerana dengan sumbangan ini sistem pendidikan kini lebih mudah, telus dan berperingkat. Salah satu cara untuk menghormati mereka adalah dengan mencontohi usaha gigih mereka menuntut ilmu dan sikap tidak berputus asa.
Secara tidak langsung, muzium tersebut memberikan inspirasi kepada kami untuk terus berjuang dalam menuntut ilmu dan menambah lagi pengetahuan dalam apa jua bidang kerana melalui sistem pendidikan, ilmu dapat disebarkan secara formal dan lebih meluas.


5.0 PENUTUP
       Secara kesimpulannya, lawatan ke muzium ini mampu memberi nilai tambah pada pengetahuan yang sedia ada dan menyuntik nilai-nilai positif terutama sebagai pelajar. Disamping itu, pelajar juga harus bersyukur kerana muzium ini boleh dijadikan tempat rujukan untuk masyarakat mengetahui tahap-tahap perkembangan pendidikan yang diguna pakai pada zaman lampau hingga kini. Pendidikan memainkan peranan penting untuk mencapai hidup yang berkualiti kerana pendidikan merupakan antara petunjuk terpenting dalam kualiti hidup manusia. Pendidikan membantu individu membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunianya, menikmati kemudahan yang sedia ada dipersekitarannya serta memahami diri sendiri. Jesteru itu, untuk mencapai kecermelangan kualiti hidup melalui pendidikan, perhatian awal harus tertumpu pada kanank-kanak. Kanak-kanak adalah khazanah dunia yang paling berharga kerana pendidikan terawal bermula dari zaman kanak-kanak.


  TOKOH



1.0  PENDAHULUAN
       Di dalam Projek Tinta Tamadun ini, kumpulan kami telah diberi tanggungjawab untuk menemubual seorang tokoh agama, bagi memberi pandangan terhadap Hagemoni Barat. Kami telah memilih Ustaz Muhammad Faisol Bin Munjir untuk ditemubual dalam projek Tinta Tamadun ini.

       Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Tanjung Karang, Selangor. Ustaz Muhammad Faisol merupakan seorang guru agama di Sekolah Tahfiz Ismail yang memegang jawatan sebagai Pengurus Hal Ehwal Sekolah. Di dalam projek ini, kami telah menekankan tentang hal-hal dan isu semasa peradaban, jihad, dajal, kemajuan teknologi masa kini dan tentang blok-blok Barat.

       Pada ketika ini, Kemajuan moden yang dunia kecapi tidak sebenar-benarnya dapat yang menjadi tunggak pembinaan umat dan tamadun. Ini disebabkan pendidikan, gaya hidup dan pemikiran barat telah menghalang mereka daripada dapat memahami tunjang tamadun Islam sedangkan apa yang kita perkatakan merupakan asas dan tapak tamadun Islam. Jika pengertian ini hilang daripada sesuatu umat, maka tamatlah riwayat hidupnya.

        Kemajuan dan sikap terbuka masyarakat sesetengahnya telah mengikis sifat ketamadunan dan nilai dalam diri. Malah, Islam sebagai agama yang luhur juga telah semakin luntur dalam kalangan masyarakat. Kemajuan dalam bidang politik dan ekonomi telah dianggap sebagai budaya dan tamadun di sisi bukan Islam di mana ianya telah mengkagumkan ramai manusia, sedangkan keduanya-duanya dipisahkan daripada nilai aqidah dan akhlak. Namun, di sisi kita orang Islam, ianya merupakan ibadah dan didirikan di atas asas iman dan akhlak di samping menerima segala penemuan dan ciptaan yang baru.

       Isu-isu ini akan diketengahkan dan diberi pandangan dan jawapan oleh Ustaz Muhammad Faisol.  


2.0  FAKTOR PEMILIHAN TOKOH
       Kami memilih Ustaz Faisol sebagai tokoh kerana beliau merupakan seorang Ustaz yang berkaliber dan berpengalaman. Ustaz Faisol merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda dari salah satu Universiti di Mesir. Beliau pernah dibesarkan di beberapa buah negara di Timur Tengah antaranya Mesir,Turki dan Jordan. Beliau juga gemar mengembara ke negara orang untuk melihat budaya dan cara hidup masyarakat di negara tersebut.

3.0  DAPATAN KAJIAN
        Apa yang kami dapati selepas membuat temubual bersama ustaz Faisol adalah iaitu jawapan yang diberi beliau sangat komprehensif dan bermakna disusuli dengan transkrip temubual yang kami sediakan. Bukan itu sahaja, beliau juga seorang guru Tahfiz  dan memegang jawatan Hal Ehwal Pelajar di Ma’ahad Tahfiz bertempat di Masjid Puncak Alam.


  Ketua kumpulan kami bergambar bersama Ustaz Faisol


Di dalam Masjid Puncak Alam ni terletaknnya Ma’ahad Tahfiz Ismail


4.0 PERBINCANGAN DAPATAN
TRANSKRIP TEMUBUAL PELAJAR DENGAN USTAZ FAISOL

1.Pelajar
 Apakah pandangan Ustaz mengenai tamadun barat ?
Ustaz Faisol
Dasar yang mengejar keduniaan, dan terlalu mengikut nafsu.
Agama ini dipisahkan oleh manusia
Manusia percaya tiga benda
I. Percaya ketuhanan
II. Percaya tahyul, hantu , roh
III. Keseluruhan alam semula jadi
Tamadun barat telah mengambil kemajuan islam

2. Pelajar
Apakah pandangan Ustaz mengenai penguasaan kuasa barat ke atas negara lain ?
    Ustaz
Penjajahan minda lebih berkesan, cuba memutarkan kesukaan manusia seperti zina dan minum arak. Menafikan tamadun islam, menghalang penyembahan berhala.

3. Pelajar
Apakah pandangan Ustaz mengenai pengaruh globalisasi Barat di negara islam?
    Ustaz
Mereka menguasai teknologi dan ada sesetengah negara Islam tidak memerlukan kekerasan untuk dipengaruhi kerana sekarang adalah dunia  tanpa sempadan seperti dunia hiburan. Sebagai contoh penduduk Korea yang dikenali sebagai Kpop 80% adalah Kristian. Selain itu, dangdut star dan program clever girl yang juga meniru program mereka.

4. Pelajar
Konsep Islam yang selalu dikelirukan oleh media Barat ?
    Ustaz
Barat beranggapan islam mengharapkan bantuan daripada pihak luar terutama dari pihak mereka. Tanpa kita sedar, kita telah ditakluki dan dikuasai oleh mereka. Sebagai contoh, Arab Spring, telah menunjukkan kelemahan islam dan mempunyai rangking korupsi yang tinggi.

5. Pelajar
Apakah konsep jihad yang dibenarkan dalam islam ?
    Ustaz
Tiada jihad selepas pembukaan Kota Mekah. Dunia sekarang adalah “Nafsu Jihad” iaitu Jihad melawan nafsu. Seandainya nafsu sendiri tidak mampu untuk dilawan, mana mungkin kita mampu mengangkat senjata untuk melawan mereka. “ Fitnah itu tidur , maka jangan dikejut”

6. Pelajar
Pendapat ustaz mengenai negara-negara islam seperti (Arab) yang dijatuhkan oleh rakyat mereka sendiri ?
    Ustaz
Rakyatnya telah di propaganda untuk hidup dengan keadilan dan liberal dengan mengatakan hidup ini susah dan mencari pengaruh untuk menggulingkan kerajaan mereka.

7. Pelajar
Bagaimana kuasa-kuasa Barat mampu menguasai ekonomi dunia ?
    Ustaz
Melalui teknologi yang mereka cipta sendiri. Perkahwinan juga merupakan salah satu faktor yang mendorong barat menguasai ekonomi dunia.

8.Pelajar
Rancangan pemimpin yahudi untuk menguasai mata wang dunia ?
    Ustaz
Mereka menggunakan IMF, Bank Dunia dan beberapa protokol untuk menguasai ekonomi supaya kedudukan mereka lebih kukuh walaupun negara mereka kecil.

9. Pelajar
Apakah kelemahan Umat Islam kini ?
     Ustaz
Ilmu, Iman, Akidah. Generasi kini terutama Umat Islam sendiri sangat malas dalam menuntut Ilmu. Tanpa Ilmu, kita tidak mampu  eningkatkan Iman dan akhirnya Akidah juga akan rosak.

10. Pelajar
Apakah pendapat Ustaz mengenai cabaran yang dihadapi oleh umat islam akhir zaman ?
Ustaz
Terlalu banyak dan antaranya kita akan dijajah secara keseluruhan iaitu dari segi mental dan fizikal dengan kemodenan dan kekayaan dan membuatkan kita hilang jati diri.

11. Pelajar
Penciptaan gadjet-gadjet komunikasi elektronik memberi kesan positif atau negatif kepada masyarakat ?
     Ustaz
Pengunaan teknologi ada baik ada buruknya. Kebaikkan penggunakan gadjet ini salah satunya adalah dapat berkomunikasi dengan keluarga dan sahabat walaupun berjauhan. Buruknya pula adalah apabila kita tidak mampu mengawal penggunaan sehingga kita leka bermain dengan gedjet dan menjadi anti-sosial.

12. Pelajar
Apakah cara atau strategik yang masyarakat Islam perlu tahu untuk menghadapi pengaruh globalisasi dan propaganda Barat ?
Ustaz
Berpegang semula dengan Al Quran dan Hadith serta menuntut Ilmu.

13. Pelajar
Apakah kesan globalisasi yang tidak adil dan tidak seimbang seperti dasar didominasi oleh negara-negara maju ?
Ustaz
Kuasa besar seperti barat mendominasi dan menindas negara yang tidak standing dengan mereka Antara contoh yang nyata ialah pada Turki mengalami kesusahan, Kesatuan Eropah tidak mahu bergabung dengan Negara Turki tetapi apabila Turki sudah maju, mereka ingin bergabung dengan Negara Turki.

14. Pelajar

Bagaimana cara untuk menghadapi tekanan daripada negara-negara Barat?
     Ustaz
Seperti Timbalan Mufti Selangor, menukarkan tekanan yang dihadapi dengan menjadi tekanan tersebut sebagai  kekuatan dan motivasi dalam diri. Seperti merancang semula dengan strategi yang lebih berkesan.

15. Pelajar
Apakah kesan  yang wujud melalui strategik Barat dan sekutunya mencipta kumpulan-kumpulan radikal seperti Islamic State ?
Ustaz
Ingin mengalihkan pandangan, mereka mempunyai isu tetapi tidak didedahkan. Membuatkan umat islam berpecah belah.

16. Pelajar
Zaman kegemilangan Islam sering dikaitkan dengan zaman Abbasiyah oleh negara Barat, sedangkan zaman kegemilangan Islam adalah di zaman Rasulullah ?
Ustaz
 Sebelum mencipta, sudah pasti ada sumbernya. Sedangkan mereka (barat) mencipta teknologi canggih tetapi mereka mengambil dari ilmu ulama kitab-kitab  terdahulu

17. Pelajar
Terangkan mengenai Dajjal
Ustaz
Merujuk kisah Sahabat, dalam hadith nabi, ketika keluarnya Dajjal bumi akan kering kontang. Apabila ia muncul ibarat ahli sihir, jika lapar dia akan memberi makanan dan hanya orang yang beriman akan kenyang dengan zikir dan ketika itu, orang tua menjadi hamba, seperti ibu  menjaga cucu.

18. Pelajar
 Kaitan kuasa Barat zaman sekarang dengan Dajjal
Ustaz
Sekarang tentera Dajjal berkumpul dan bersiap sedia dengan ketibaannya. Surah Al Kahfi ayat 10 terawal dan 10 terakhir akan mengelak kita daripada fitnah Dajjal. Akan muncul Imam Mahdi untuk membunuh Dajjal. Akan hilangnya ilmu-ilmu seperti peninggalan ulama.

  5.0 PENUTUP
       Tuntasnya, kami telah menerima banyak ilmu dan manfaat hasil daripada temubual bersama Ustaz Muhammad Faisol. Soalan-soalan kami secara keseluruhan dijawab dengan baik sekali oleh Ustaz. Perkara yang kami dapati daripada isu-isu yang dibangkitkan juga bagi kami amatlah menepati dengan keadaaan semasa dunia pada ketika ini. Masyarakat pada zaman ini terlalu leka dengan pembangunan dan kemajuan yang ada. Tambahan lagi, dengan adanya penciptaan pelbagai alatan canggih serta hiburan yang melalaikan telah banyak menyesatkan umat manusia. Cara-cara halus Barat ini telah membuatkan umat Islam kini leka dan sebahagiannya sudah jauh terpesong dari Islam.

      Sebenarnya, setiap amalan yang dilakukan oleh manusia tidak kira kecil atau besar didorong oleh kekuatan dalaman yang terbit dari hati dan perasaan. Ini adalah kerana setiap manusia akan melakukan sesuatu amalan berdasarkan tujuan yang ingin dicapainya. Apabila kekuatan yang sepatutnya menjadi batu asas itu hilang atau tiada, ianya akan menyebabkan kegagalan kepada amal dan usaha yang dilakukan di mana segala cita-cita tidak akan kesampaian dan bahkan ianya akan menyebabkan kepenatan, bagaikan mereka yang mengejar bayang-bayang sedangkan usaha tersebut tidak memberi apa-apa kesan pun kepada   realitisebenar.

      Seharusnya, walaupun ditenggelami dengan kemajuan moden, hiburan dan pelbagai agenda barat yang lain, masyarakat perlu berpegang teguh terhadap akidah Islam. Kita amat terbuka dengan perkara-perkara baru, tetapi asasnya itu tidak boleh lari atau bercanggah dengan Islam. Akhir kata, harapan kami ialah sebagai orang yang berilmu kita tidak boleh sewenang-wenangnya lalai dengan dunia kini yang mencabar dari pelbagai sudut. Ilmu perlu dicari dan dituntut bagi menghadapi dunia global yang semakin tidak menentu ini 

No comments:

Post a Comment