Wednesday 1 June 2016

Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Secara kasarnya, tamadun itu merangkumi peradaban dan kemajuan teknologi dalam sesebuah masyarakat.Selain itu, agama juga memainkan peranan dalam tamadun itu terutamanya dari segi kerohanian dan lahiriah.Dari segi lahiriah semakin halus pendekatan peradaban sesebuah masyarakat itu, mereka dianggap semakin bertamadun, sebagai contoh dahulu masyarakat menggunakan daun pisang atau tempurung sebagai alas makan tetapi pendekatan diperhalusikan lagi iaitu dengan menggunakan pinggan sebagai alas.Dari segi kerohanian pula, ia di istilahkan sebagai akhlak mulia yang disuburkan dengan keimanan dalam diri seseorang.Keimanan ini juga dapat mengawal dan menentukan segala tindakan individu tersebut dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Sebagai contoh, mereka tidak akan melakukan perkara-perkara yang merugikan diri dalam kehidupan akhiratnya nanti seperti mengumpat, menghina orang lain dan leka dengan hiburan duniawi .

No comments:

Post a Comment