Wednesday 1 June 2016

Pengenalan Ilmu Ketamadunan


  1. Ciri-ciri manusia pembina tamadun yang sejahtera (Fatin Amerra)
  • Ciri manusia pembina tamadun yang sejahtera adalah berpaksikan tauhid yakni segala tindakan tidak boleh sesekali dilaksanakan dengan sewenang-wenangnya serta menurut kehendak dan tuntutan hawa nafsu serakah manusia sahaja.
  • Manusia pembina tamadun haruslah mempunyai unsur kerohanian dalam diri serta disuburkan dan dibangunkan dengan unsur-unsur keimanan dan amal soleh yang juga tidak lain daripada adunan dan ramuan yang terdapat dalam prinsip-prinsip akhlak yang mulia dalam Islam.
  • Ciri-ciri lain yang diperlukan adalah penguasaan ilmu, teknologi serta keterampilan yang lain, dengan sendirinya akan diusahakan dengan gigih oleh ummah yang sudah utuh keimanannya.Ini kerana kekentalan keimanan kepada rukun-rukun iman secara tabi'inya akan mendorong ummah untuk terus maju dalam kehidupan.
2. Ciri-ciri tamadun yang sejahtera (Siti Haziqah)
  • Pembangunan ekonomi yang seimbang sangat penting kerana ia mampu menentukan hala tuju sesebuah tamadun itu sama ada diingati atau dilupakan. Ia juga dapat membantu masyarakat tamadun itu hidup dalam suasana yang adil dan saksama 
  • Kehidupan berkualiti dapat dilahirkan dari ekonomi yang stabil yakni pemerintahnya sentiasa memastikan taraf kehidupan dan kebajikan masyarakat terbela di samping mengambil kira kemajuan ekonominya.Dengan itu, kehidupan masyarakatnya lebih berkualiti sekaligus dapat membina sebuah tamadun yang sejahtera.
  • Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah merupakan tunjang utama dalam tamadun sejahtera kerana Allah akan membukakan pintu-pintu keberkatan untuk tamadun dari langit hingga ke bumi.Seandainya masyarakat tamadun itu beriman dan bertaqwa kepada Allah. (Al-A'raf 7:96)
  • Keutuhan budaya dan moral yang tinggi dalam sesebuah masyarakat itu, mampu membina tamadun yang sejahtera kerana ia dapat menghalang masyarakat itu terutamanya golongan muda dari terjebak dalam gejala negatif yang boleh menyebabkan keruntuhan tamadun itu.
3. Faktor-faktor pendorong lahirnya tamadun yang sejahtera (Nursyafika)
  • Penguasaan ilmu pengetahuan ini merupakan tunjang utama dalam membina sesebuah tamadun kerana tamadun itu sendiri merangkumi kemajuan teknologi dari segi sistem pengairannya, ilmu-ilmu falak dan selain itu dapat melahirkan masyarakat yang berilmu.
  • Kestabilan hubungan dalam negara ini merujuk kepada perpaduan atau hubungan baik antara kaum dapat melahirkan masyarakat yang sejahtera dan dapat mengekalkan hubungan silaturrahim yang terbina antara mereka da dari situ lahirnya tamadun sejahtera.
  • Kestabilan pemerintahan dan pentadbiran politik amat penting untuk melahirkan sebuah tamadun yang sejahtera keran dengan adanya pemimpin yang berwibawa tamadun ini dapat dikekalkan sekaligus dapat menyelaraskan sistem pentadbiran yang lebih adil dan sistematik.
  • Kekuatan pertahanan juga dapat menjamin kesejahteraan sesebuah tamadun itu kerana ia dapat menyekat serangan negara asing atau tamadun lain terhadap tamadun yang dibina.Dalam erti kata lain, untuk mempertahankan kewujudan tamadun tersebut untuk terus kekal hingga ke generasi yang akan datang.
4. Faktor-faktor keruntuhan tamadun (Siti Nur Aishah)
  • Kelemahan pemimpin bermaksud kegagalan seorang pemimpin dalam mentadbir kerajaannya atau lebih jelas lagi apabila seseorang pemimpin itu, tidak mempunyai kelayakan untuk memimpin yakni tidak mempunyai ilmu dalam bidang pentadbiran.
  • Perebutan jawatan ini sering berlaku apabila tiada sebarang pelan peralihan kuasa yang dipersetujui oleh majoriti sehinggalah pemimpin itu meninggal dunia yang menyebabkan berlakunya perebutan kuasa sehingga menjejaskan pemerintahan di wilayah tersebut.
  • Tiada perpaduan merujuk kepada kegagalan kesepakatan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat itu dan sering berlakunya pergolakan dan perbalahan sesama mereka sekaligus menyebabkan runtuhnya sebuah tamadun yang dibina.
  • Ekonomi yang lemah sering dikaitkan dengan kegagalan sesebuah negara itu untuk membayar hutang yang tinggi.Kesannya kerajaan itu terpaksa melepaskan wilayahnya sebagai pampasan dan menyebabkan kerajaan itu kehilangan tamdun yang terbina yakni keruntuhan tamadun.
5. Lima pelan tindakan untuk mahasiswa hari ini membangunkan tamadun yang sejahtera 
  • Mahasiswa mestilah memiliki etika atau personaliti yang luhur.Remaja kita harus disuntik dengan ajaran agama dan nilai moral sejak kecil lagi.
  • Mahasiswa juga perlu memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat waja tanpa mengenal istilah putus asa supaya dapat berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan remaja negara maju.
  • Mahasiswa juga perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dari aspek akademik.Kecemerlangan akademik merupakan salah satu elemen yang melahirkan remaja yang berkualiti demi kepentingan negara. Intelek merupakan faktor perdana yang menjana kecemerlangan tamadun bangsa.
  • Mahasiswa perlu kreatif dan inovatif untuk memacu pembangunan negara yang gemilang.Hal ini terjadi kerana hanya mereka yang berani berkreatif dan melopori bidang baharu sahaja dapat mengecapi kejayaan yang terbilang. Dalam industri teknologi dan komunikasi (ICT), umat yang gigih dan berani mencuba sesuatu yang baharu akan menikmati buah kejayaan yang manis.
  • Mahasiswa perlu memainkan peranan untuk membangunkan negara dengan memiliki sikap keterbukaan.Hal ini apabila golongan ini mempunyai sifat sedemikian mereka lazimnya dapat menerima teguran dan pandangan orang lain menjadi pendukung untuk mencapai perpaduan negara atau integrasi nasional demi mewujudkan kesejahteraan sosial.Mereka sentiasa mengamalkan sikap toleransi dan bertolak-ansur untuk mencapai misi dan visi negara iaitu semua rakyat perlu bersatu padu dibawah satu bumbung yakni satu bangsa satu bahasa dan satu negara.

No comments:

Post a Comment