Tuesday 3 May 2016

Unsur Kesenian dalam Masyarakat Melayu



Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang terkenal dengan pelbagai unsur kesenian dan kebudayaan yang wujud akibat pelbagai campuran budaya dari luar semasa awal kewujudannya.Hal ini menyebabkan kesenian yang dimiliki oleh masyarakat Melayu menjadi semakin halus dan unik di samping terdapat pelbagai kelebihan disebaliknya.
Antara unsur kesenian yang menjadi fokus pada tugasan kali ini adalah mengenai rumah tradisional masyarakat Melayu.

1. Rumah Tradisional Melayu kebanyakannya bertiang .Hal ini demikian kerana, ia dapat mengelak daripada ditenggelami air apabila berlakunya banjir.Selain itu, kedudukannya yang lebih tinggi daripada lantai dan strukturnya yang kuat membolehkan penghuni mendiaminya dengan selamat. Jadi, boleh dikatakan rumah tersebut mempunyai ciri-ciri keselamatan yang bertujuan mengelakkan serangan musuh dari bahagian bawah.

2. Batu alas yang berfungsi sebagai kaki rumah berbentuk empat segi nyata memberi perlindungan kepada struktur kayu daripada rosak daripada serangan cuaca dan serangga perosak. (Melaka)

kedudukannya yang lebih tinggi daripada lantai dan
batu alas yang berfungsi sebagai kaki rumah
3. Pelenggar pula terletak di bawah rumah digunakan untuk berehat atau tempat bersembang dengan        jiran-jiran kerana masyarakat Melayu tradisional Kedah terkenal dengan budaya ziarah menziarahi      sesama jiran.

ruangan pelenggar yang terletak dibawah rumah 
4. Kebanyakan tingkap bagi rumah tradisional Melayu adalah dari jenis yang bukaannya ke luar dan mempunyai kayu kekisi di bahagian bawah tingkap sebagai peredaran udara keluar dan masuk dan juga berfungsi sebagai palang keselamatan bagi anak-anak kecil.(Melaka)


5. Bentuk bumbung rumah tradisional Melayu yang curam dipanggil “lipat kajang” dapat                         memudahkan curahan air hujan. Ia juga bertujuan mengurangkan tempias ketika hari hujan.


6. Pembinaan rumah di atas tanah yang rata juga sangat penting bagi masyarakat Melayu kerana mereka mempercayai penghuninya akan tenang hidupnya dan disenangi daam pergaulan.

7. Arah rumah itu menghadap juga penting dalam pembinaan rumah orang Melayu. Jika arah utara, ia bermaksud baik sekali, mendatangkan banyak rezeki, jarang ditimpa penyakit dan hidup dalam keadaan yang mencukupi manakala selatan pula membawa maksud nasib tidak menentu, kadang-kala baik, kadang-kala tidak baik. Jika menghadap ke timur, ia memberi makna bahawa penghuni rumah itu bernasib baik, mendatangkan rezeki dan jauh dari penyakit. berbeza pula dengan arah barat yakni bernasib tidak baik, sering diserang penyakit panas dan hidup tidak tenteram.


8. Pembinaan bendul pada pintu rumah merupakan halangan daripada dimasuki binatang-binatang yang berbisa seperti ular, lipan dan sebagainya. Ia juga digunakan sebagai batasan atau sekatan bagi tetamu yang datang terutamanya tetamu lelaki. Mereka hanya boleh masuk ke dalam rumah seandainya tiada penghuni perempuan.



9. Bilangan anak tangga dalan pembinaan rumah melayu selalunya antara lima atau enam. Ini bermaksud  anak tangga yang pertama memberi salam, kedua pengisik debu, ketiga pelepas penat, keempat peninjauan laman, kelima pijakan adat (semasa bertemu dan bersalam dengan tuan rumah) dan akhir sekali, anak tangga yang keenam dalah untuk gantung rantungan. Kebiasaannya kaum ibu yang bersembang di tangga akan meletakkan atau menggantung sebelah kakinya di atas anak tangga yang keenam ini.

10. Dalam masyarakat melayu, pangkal kayu anak-anak tangga hendaklah diletakkan disebelah kanan dan hujung kayu disebelah kiri. Antara maksudnya adalah tiada pertelingkahan dalam rumah terutamanya adik-beradik, penghuninya tidak terkejut di tengah malam (tidur yang terganggu) dan juga kehidupan yang bahagia, tiada perkara buruk yang akan berlaku.







No comments:

Post a Comment