Tuesday 3 May 2016

Refleksi Tamadun Melayu

Apa yang saya dapat pelajari melalui Tamadun Melayu ini ialah, Tamadun Melayu merupakan tamadun yang harus dibanggakan kerana teras perkembangannya berasaskan agama Islam.Tambahan lagi, bangsa Melayu juga dikaitkan dengan salasilah keturunan nabi Ibrahim dan datangnya Islam ke alam Melayu juga dengan cara yang istimewa.Selain itu, Tamadun Melayu kaya dengan sumber alam dan penuh dengan kesenian serta kemahiran yang unik kerana percampuran budaya dan adat.Budaya atau adat merupakan tindakbalas daripada apa yang dipercayai.Tamadun Melayu pada awal kemunculannya merupakan tamadun yang unggul dan setiap undang-undang yang dibuat sentiasa dipatuhi oleh para pedagang serta masyarakatnya.Ini mengukuhkan lagi bahawa Tamadun Melayu merupakan tamadun yang hebat pada awal kemunculannya.

Siti Nur Aishah Bt Ar Azly
2015250382


Refleksi saya mengenai tamadun melayu ini adalah kedatangan islam telah mengukuhkan lagi tamadun melayu kerana agama Islam merupakan asas kepada tamadun melayu. Kehilangan elemen agama islam daripada jati diri Melayu boleh menyebabkan keunggulan serta kekuatan dalaman yang ada akan lenyap serta tidak berupaya untuk memajukan dan megekalkan keamanan tamadun dan negara.

Nursyafika Binti Dzulkiflee
2015263014

Kesemua tamadun di dunia ini mempunyai tahap kemajuannya yang tersendiri. Tidak terkecuali Tamadun Melayu yang telah lama menapak di bumi Nusantara ini. Bukti kegemilangan Tamadun Melayu dan bangsa Melayu telah lama tercatat pada lembaran-lembaran silam dan dari segi material,intelektual,spiritual, artifak dan seni bina masyarakat Melayu. Tamadun Melayu telah lama mempunyai sistem pemerintahannya yang tersendiri iaitu sistem Kesultanan. Masyarakat Tamadun Melayu mempunyai kesantunan budi bahasa dan pekerti yang cukup tinggi. Kedatangan Islam ke alam Melayu telah menghaluskan lagi nilai-nilai ini. Islam diterima baik dikalangan masyarakat Melayu dan juga Sultan pemerintah kerajaan Melayu. Juga kaitan diantara orang Melayu dengan keturunan salasilah Nabi Ibrahim juga ibarat memberi rahmat terhadap tamadun ini.

ZUHAIR ARHAM BIN ZULKAFLI
2015664592

Apa yang saya belajar melalui bab ini ialah tamadun melayu kita boleh dibanggakan kerana bahasa kita sebagai lingua franca, ekonomi, sikap pemerintah dan nilai- nilai murni yang ada. Contohnya hikayat raja Pasai alam Melayu yang bermimpi berjumpa dengan nabi. Disebabkan peristiwa ini, Raja Pasai memeluk Islam dan kemudian seluruh rakyat turut memeluk Islam. Ini jelas menunjukkan nilai-nilai murni yang diamalkan oleh orang melayu terdahulu. Saya mendapati institusi kesultanan sangat peting kerana jika tiadanya institusi ini , orang Melayu sekarang ini berkemungkinan tiada tempat untuk mereka samada di kerajaan atau swasta atau mereka mungkin tidak dapat ajaran Islam yang betul. Saya juga dapat mempelajari jangan kita sesekali meremehkan hadis dari ulama terdahulu kerana sesungguhnya ilmu kita tidak setinggi ulama terdahulu. Oleh itu jangan sesekali riak dan sombong dengan mengatakan ulama tersebut tidak penting.

FATIN AMERRA BINTI ZAINOL HASHDI
2015686704


Dalam tamadun melayu, apa yang saya pelajari adalah orang melayu dahulu kala hidup dalam keadaan yang rajin berwawasan. Saya kagum melihat kepahlawanan orang melayu menentang musuh apabila dijajah. Apa yang menarik sekali adalah , apabila disebut MELAYU sahaja pasti ianya ISLAM. Itu yang saya teruja mendengar .Kedatangan islam di tamadun melayu juga adalah sebuah kejayaan yang besar kerana memberi input ibarat sungai memerlukan air. Banyak kejayaan orang melayu dikecapi seperti sistem beraja tidak digunakan lagi dalam sistem hindu. Sultan juga diberi nama dalam islam. Akhir sekali, orang melayu dahulu mempunyai iman yang kuat untuk menegakkan islam dan negara.

MUHAMMAD ALIF AZANAN 2015686412

Setelah mempelajari ilmu tamadun melayu ini, bahagian yang dapat menarik perhatian saya adalah kesenian orang Melayu yang sangat cantik dan unik. Sungguh indah dan hebatnya mereka menghasilkan sesuatu barang. Pernah juga saya tertanya-tanya, bagaimana mereka mampu menghasilkan semua itu? Sedangkan kita tahu, untuk membuat sesuatu barangan yang berseni ini bukan mudah. Ia memerlukan pengorbanan wang, masa dan tenaga yang sangat tinggi. Subhanallah, betapa besarnya pemberian Allah kepada hambaNya dalam mengekalkan tamadun Melayu sehingga kini. Kurniaan tuhan yang mana lagi yang mahu kita dustakan? Pengajaran yang saya dapat adalah setiap kehebatan yang kita nampak, pasti ada pemberinya, pasti ada penciptanya. Hal ini mengingatkan saya mengenai siapa pencipta saya,  di mana saya dan bagaimana hubungan saya dengannya. Allahu. Dia memberi ilham kepada saya melalui persoalan-persoalan tadi dan secara tidak langsung saya telah mengingati-Nya sepanjang pembelajaran tamadun Melayu. Subhanallah. :)

SITI HAZIQAH BINTI ABDUL RAZAK
2015683618  

No comments:

Post a Comment