Tuesday 22 March 2016

Refleksi Tamadun Islam

Tamadun Islam merupakn tamadun yang hebat kerana kewujudannya sentiasa berterusan dan tidak 'mati'.Ia tidak berfokus hanya kepada satu bangsa, agama dan status.Tamadun atau ajaran Islam membaiki dan meningkatkan taraf atau cara hidup masyarakat ke arah masyarakat yang sejahtera.Walaubagaimanapun, pihak orientalis sentiasa mencari jalan untuk menyelewengkan kepercayaan dan pandangan masyarakat mengenai kehebatan tamadun Islam.Tambahan lagi, pemimpin perlu mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang tinggi dan perlu berteraskan kepada kebenaran.Perjanjian yang berlaku antara kaum Aus dan Khadraj tidak memberi apa-apa kelebihan kepada Nabi Muhammad SAW pada peringkat awal tetapi pada akhirnya memberi kebaikan dalam jangka masa yang lama.



SITI NUR AISHAH BT AR AZLY

2015250382

Tamadun Islam merupakan tamadun yang mempunyai ciri-ciri yang lengkap bagi sesebuah tamadun. Ianya juga merupakan sebuah tamadun yang hebat kerana dimulakan dengan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W yang merupakan Nabi yang terakhir. Tamadun Islam juga tidak memfokuskan kepada faktor duniawi semata-mata bahkan sangat mementingkan akhirat. Agama Islam merupakan pedoman, rujukan dan mempunyai peranan yang cukup penting dalam pembinaan tamadun ini. Selain itu, Tamadun Islam tidak menilai seseorang itu daripada kaum,bangsa,warna kulit,taraf hidup, status dan keturunan semata-mata dan mementingkan kesamarataan dan keharmonian dalam kehidupan masyarakat majmuk. 

ZUHAIR ARHAM BIN ZULKAFLI
2015664592

Apa yang saya pelajari daripada bab ini adalah kepentingan ilmu tentang Allah SWT dan agama islam. Kekurangan pengetahuan tentang islam akan mengakibatkan umat islam mudah terpengaruh dengan kekeliruan yang orientalis cetuskan. Al-quran dan Sunnah merupakan panduan utama agar umat islam memahami tujuan sebenar islam diturunkan serta memperoleh kesejahteraan hidup yang berkekalan.

NURSYAFIKA BINTI DZULKIFLEE
2015263014

Tamadun Islam banyak memberi kita terutama diri saya sendiri pengajaran dan iktibar tentang gemilangnya masyarakat Islam dahulu dalam semua aspek kehidupan sama ada aspek kehidupan duniawi mahupun ukhrawi. Kemunduran umat Islam bukan kerana ajaran Islam tetapi sikap umat Islam yang kurang memberi perhatian kepada ilmu-ilmu Islam. Mereka lebih suka memepelajari ilmu yang tidak ada nas dalam al Quran dan al Hadith. Dengan mempelajari sejarah Tamadun Islam saya dapat memahami kehendak Islam yang sebanar seterusnya berusaha untuk mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. 

Umat Islam akan kembali bertamadun mengikut acuan ajaran Islam sendiri jika mereka mahu kembali kepada ajaran Islam dengan mempelajari dan mengamalkannya dalam kehidupan harian.

FATIN AMERRA BINTI ZAINOL HASHDI
2015686704


Dalam bab Tamadun Islam ini, saya dapat banyak pengajaran yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan. Antara pengajaran yang paling terkesan pada saya adalah hubungan antara manusia dengan tuhan yakni Allah SWT. Apa yang ingin saya fokuskan adalah hidup ini tidak akan bermakna seandainya kita putus hubungan dengan Allah SWT. Walau apapun yang kita hendak lakukan, mesti ada keizinan, keredhaan dan belas ehsan dari-Nya. Jadi, mengapa kita nak 'putuskan' hubungan kita dengan Allah sedangkan segala yang kita ada di dunia ini hatta diri kita sendiri pun milik-Nya? Selalu saya pujuk diri, 'Kau nak kasih sayang Allah tak? Kalau nak, kau kena sabar'. Sebagai seorang hamba-Nya, kita memang tidak lari dengan masalah, Ada sahaja masalah yang timbul dalam kehidupan kita. Oleh itu, perasaan sabar dan redha selalu menjadi sahabat saya ketika saya ditimpa masalah cuma kadang-kala saya tewas juga dengan perasaan saya sendiri. Saya teringat pesanan Prof. Dr. Muhaya dalam satu ceramah Refleksi Diri, seorang pakar mata dan motivasi. Pesanan beliau adalah 'Jangan sesekali kita salahkan orang lain jika ada masalah yang datang pada kita. Cuba kita lihat balik, kalau ada orang yang benci dengan kita, pernah tak kita membenci orang lain. Kalau kita ada masalah dalam perhubungan (suami isteri, ibu ayah, adik beradik, saudara mara), kita semak semula bagaimana hubungan kita denga Allah? Semakin kita jauh dari Allah, semakin jarak hubungan kita dengan orang yang kita sayang'. Kata-kata ini menyedarkan saya bahawa tiada siapa dapat menyelesaikan masalah kita selain Allah SWT. Ditambah pula dengan penerangan yang diberi dalam kelas, ini membuatkan saya lebih yakin dan berfikiran positif terhadap Allah SWT. In shaa Allah. Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa jika kita ingin disayangi Allah, kita kena jaga hubungan kita dengan-Nya. Begitu juga hubungan kita sesama makhluk ciptaan-Nya. Tiada yang lebih baik hubungan selain hubungan kita dengan Allah SWT. Wallahu alam.

SITI HAZIQAH BINTI ABDUL RAZAK
2015683618






No comments:

Post a Comment